Pages

Thursday, August 14, 2014

Takut Dipanggil Pengecut, Khalid Nafi Batal Dewan Untuk Kongres

  • Abdul Khalid IbrahimAbdul Khalid Ibrahim
 1 / 1 
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan beliau membatalkan tempahan dewan bagi Kongres Tahunan PKR 2014 yang akan diadakan pada 22 hingga 24 Ogos ini.

Menurutnya, tiada tujuan untuk beliau berbuat demikian.

“Dewan kongres itu saya tidak batalkan dan tiada sebab untuk saya bertindak begitu.


“Saya juga tidak dengar apa-apa mengenai pembatalan itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis tahlil dan doa selamat anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Hotel De Palma di sini, semalam.

Dakwaan tersebut telah dibangkitkan dalam satu blog yang mendakwa Abdul Khalid telah membatalkan tempahan dewan untuk Kongres PKR 2014.

Kongres itu dijangka berlangsung di Stadium Melawati dan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam pada penghujung Ogos.

Dalam pada itu, Abdul Khalid memberitahu, beliau kini sedang menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap urus tadbir negeri bersama barisan Exco Pas.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab