Misteri dari mana Khalid Ibrahim mendapat sokongan ADUN Selangor untuk mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar mula terjawab satu persatu bila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan 12 ADUN Selangor akan menyokong Khalid jika undi tak percaya dikenakan ke atasnya.
Situasi ini memang sudah dijangka berikutan tawaran Khalid untuk 3 jawatan Exco Selangor kepada ADUN BN seperti yang disiarkan blog ini pagi tadi.
Baki sokongan ke atas Khalid dijangka datang dari 15 ADUN PAS berikutan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang membuat keputusan untuk memberi sokongan kepada Khalid sehingga dibuktikan penyelewengan yang dilakukannya di Mahkamah.
Tapi, dikatakan separuh daripada mereka telah membuat keputusan untuk mengikut arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim. bakinya terikat kepada keputusan Majlis Syura.
Hitam putih persetujuan tersebut sedang diusahakan sekarang, harapannya menjelang esok pagi, masalah ini dapat diselesaikan dan Menteri Besar Selangor yang baru dapat diputuskan siapa.
Bila Khalid dapat sokongan UMNO, hilang sudah simpati aku pada dia
ReplyDeleteooi bodoh, dia dah kena pecat, bukan ahli pkr lagi, UMNO tak salah sokong dia..
ReplyDeleteKalau dah umno sokong dia......dia ni dah jadi baruah
DeleteTSKI kulit dah jadi tebal x tahu malu
Deletejangkaan aku : akan dibuat ketetapan oleh majlis ulama pada 17hb ni menyokong calon mb yang baru dari pkr( dengan sedikit pindaan, azizah digantikan dengan calon lain,cth azmin)..dan akan dilakukan usul tidak percaya kepada khalid dalam dewan...khalid akan bungkus kerana hanya mendapat 12 undi...mb masih juga pada pkr, dan pakatan semakin utuh .
ReplyDeletejangan harap lah adun umno nok sokong anwar
ReplyDeletekhalid takdak kesedaran moral bila bekerjasama dengan UMNO
ReplyDeletemajlis ulama dah sokong Khalid dah, nak bincang apa lagi?
ReplyDelete