Sumber SUK Selangor sebentar tadi mengesahkan bahawa dalam usaha terakhir untuk menyelamatkan kariernya sebagai Menteri Besar, Khalid telah menawarkan 3 jawatan Exco kepada ADUN BN sebagai timbal balas sokongan jika undi tidak percaya diadakan di DUN Selangor untuk menyingkirkannya nanti.
Tidak dapat dipastikan siapakah 3 ADUN tersebut tapi Pakatan Rakyat percaya mereka adalah ADUN Sungai Burung, Datuk Shamsudin Lias, ADUN Sungai Panjang, Budiman Zohdi dan ADUN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz.
Ini setelah 15 ADUN PAS dikatakan sebulat suara mamatuhi arahan Majlis Syura Ulama yang mengarahkan Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor sehingga dibuktikan di Mahkamah sebarang kes jenayah yang membabitkannya.
Selain itu, seorang ADUN PKR yang juga Exco sedia ada akan turut menyertai Khalid membentuk kerajaan campuran paling pelik dalam sejarah Selangor.
Dengan sokongan BN, PAS dan seorang ADUN PKR, Khalid sudah mempunyai sokongan 29 kerusi dalam DUN Selangor seterusnya menyelamatkan kedudukkannya sebagai Menteri Besar bebas pertama di Malaysia jika undi tidak percaya diadakan kelak.
Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment