Pages

Wednesday, September 24, 2014

Exco Baharu, Azmin Menghadap Sultan Esok

  • Azmin AliAzmin Ali
 1 / 1 
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bakal menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemilihan barisan Exco kerajaan negeri yang baharu, esok.

Menurutnya, proses penelitian sedang berjalan dan dijangka selesai sebelum beliau bertemu Sultan Selangor.

“Saya telahpun adakan perbincangan semalam dan akan disusuli pertemuan kedua pada petang ini.

“Insya-ALLAH kita akan selesaikan proses ini hari Khamis sebelum saya menghadap tuanku untuk mendapat perkenan dan majlis angkat sumpah akan diadakan hari Jumaat,” katanya ketika ditemui media sebelum memulakan pertemuan pertamanya dengan ketua-ketua jabatan di sini, hari ini.

Semalam, empat Exco Pas meletak jawatan serta-merta selepas bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatan.

Mohamed Azmin memulakan tugas pertamanya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah jam 8.00 pagi tadi.

Ketika ditanya soal kemungkinan membuka semula Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri di Plaza Perangsang yang ditutup serta-merta semalam, Azmin hanya menjawab, “Kita akan bincang dalam mesyuarat Exco.”

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor bersetuju menutup Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri di Plaza Perangsang serta-merta bagi menjimatkan kos pentadbiran.penubuhan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada 2009 yang diletak di bawah pengurusan MBI bertujuan memanfaatkan pengalaman serta kepakaran Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah menjawat kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab