Pages

Wednesday, September 24, 2014

Azmin MB, Tak Timbul Soal PAS Terkilan


Berikut adalah transkrip soal jawab Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama pihak media berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Beliau ditemui ketika Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-13 berhenti rehat selepas sesi soalan jawab lisan di lobi U2 Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Soalan: Datuk Seri (Abdul Hadi), apa respon dengan krisis Menteri Besar Selangor hari ini?


Jawab (J): Kami (PAS) mengharapkan supaya rakyat Selangor menerima baik dan Pakatan Rakyat dapat meneruskan pemerintahan mengikut proses yang selanjutnya.

S: Macam mana dengan hubungan PAS-Pakatan Rakyat?

J: Macam saya sebutkan dalam muktamar, kita (PAS) terus dalam Pakatan Rakyat.

S: Adakah Datuk Seri terkilan calon PAS tidak dilantik sebagai MB ini...?

J: Saya sudah sebut PAS tidak (berkehendak) sebagai MB (Selangor) ini.

S: Datuk Seri, ada cadangan juga hendak mewujudkan kembali jawatan Timbalan Menteri Besar dan calon PAS di antaranya yang akan dicalonkan sebagai Timbalan MB. Apa komen?

J: Itu (jawatan) terpulang kepada (kerajaan) Selangor, kita (PAS) serah kepada Selangor... lihat pada keperluan Selangor, Perlembagaan negeri Selangor dan Sultan Selangor yang menjadi sebahagian dari Perlembagaan Selangor.

S: Sementara itu, ada juga dikatakan perlantikan Azmin Ali tidak mengikut Undang-undang Tubuh kerajaan negeri Selangor. Selepas majoritinya, diberi kepada Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim. Jadi Datuk Seri sendiri bagaimana?

J: Perlu diambilkira, pertamanya seluruh rakyat yang memilih (kerajaan) Pakatan Rakyat. Kedua, kedudukan Sultan Selangor (Sharafuddin Idris Shah) itu lebih besar dari kedudukan majoriti wakil-wakil rakyat itu sendiri.

S: Sebagai Presiden PAS, adakah Datuk Seri berpuas hati atau mungkin akan ada lagi konflik selepas ini atau mungkin ada pandangan dan nasihat Datuk Seri sendiri kepada Pakatan Rakyat ?

J: Jawatan (MB) itu adalah ‘amanah’ dan saya mengharapkan supaya dapat menunaikan amanah dan harta negeri Selangor adalah amanah yang tidak boleh disalahgunakan.

S: Isu tindakan Saari Sungip (Adun Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Adun Morib) boleh Dato’ Seri ulas sedikit?

J: Saya sedang menunggu laporan dari PAS negeri Selangor.

- HARAKAHDAILY 24/9/2014

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab