SHAH ALAM - Pelantikan menteri besar baharu, Mohamed Azmin Ali menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat memberi pengajaran kepada PR dan diharapkan komponen parti itu boleh belajar erti kesetiaan di samping mampu memperbaiki kelemahan masing-masing.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, pelantikan Mohamed Azmin sebagai menteri besar baharu diibaratkan seperti ‘sirih pulang ke gagang’ kerana beliau sememangnya layak memegang jawatan tersebut.
“Walaupun dikira agak lewat, namun Mohamed Azmin masih mempunyai peluang ketika ini untuk membuktikan kebolehan beliau. Saya juga yakin beliau mampu melonjakkan harapan rakyat negeri ini seterusnya memajukan negeri Selangor ke tahap yang PR inginkan.
“Alhamdulillah, syukur juga kepada ALLAH SWT akhirnya kemelut ini selesai juga akhirnya, tentu ada rahmat dan hikmah, sekurang-kurangnya PR bolehlah baiki apa yang terkurang dan dengan pelantikan ini juga kita mampu buktikan yang PR boleh sepakat,” katanya.
Shuhaimi yang juga Adun Seri Muda berbesar hati kerana Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudi menarik diri dari dicalonkan sebagai menteri besar dan memahami isyarat istana.
Pihaknya menjunjung kasih atas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melantik Mohamed Azmin sebagai menteri besar dan jelas menunjukkan baginda mempunyai cara tersendiri menyelesaikan krisis ini yang berlaku sejak dua bulan lalu.

No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab