Pages

Thursday, September 18, 2014

Harun Din Makhluk Perosak Dalam Pakatan Rakyat


Kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din yang mahu PAS mengkaji semula tahaluf Siyasi (kerjasama) dalam Pakatan Rakyat semalam membuktikan bahawa dia adalah makhluk perosak dalam PAS.

Sepatutnya sudah lama Harun Din diterajang keluar dari PAS sebab dia telah banyak membawa keburukkan dalam Pakatan Rakyat melalui pelbagai isu.  Dari soal pemecatan Nasarudin Mat Isa, kalimah Allah sehinggalah isu berkaitan Menteri Besar Selangor, peranan Harun Din menghuru-harakan PAS (seterusnya menghuru harakan Pakatan Rakyat), terserlah.

Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS jelas dijadikan alat Harun Din untuk memecah belahkan PAS dari dalam termasuk mewujudkan jurang antara kelompok ulama dan kelompok lain dalam PAS.


April lepas, ketika Harun Din dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah jantung, dia menerima lawatan dari Perdana Menteri Najib Tun Razak yang meluangkan masa hampir satu jam bersama dengannya.

Entah apa yang dibincangkan tapi tak lama selepas itu bila krisis Menteri Besar Selangor tercetus, Majlis Syura Ulama melanggar semua prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini dengan menolak cadangan Jawatankuasa PAS Pusat supaya Datuk Seri Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar.

Semua ini kalau bukan bukti kukuh untuk menyingkirkan Harun Din dari PAS, aku tak tahu nak kata apa lagi.

Penyingkiran Harun Din dari PAS perlu disegerakan kerana dengan jawatan Timbalan Mursyidul Am sekarang, dia berada pada kedudukan paling sesuai untuk menggantikan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am sekiranya bekas Menteri Besar Kelantan itu meninggal dunia pada bila-bila masa dari sekarang.

Aku melihat Nik Aziz semakin hari semakin uzur dan cukup bimbang kalau dia mati dalam masa terdekat ini dan Harun Din akan mengambil alih.

Jika itu berlaku, harapan untuk masa depan yang lebih baik untuk PAS dalam Pakatan Rakyat, akan musnah sepenuhnya.  Pada ketika itu

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab