Pergolakan dalaman PAS yang dicetuskan oleh golongan ulama parti itu, telah sampai ke satu tahap yang tidak boleh diselamatkan lagi.
Sebagai jalan keluar, sudah ada ura-ura PAS akan meletakkan seorang pemimpin Syiah bertaraf ulama sebagai Presiden atau Mursyidul Am parti selepas PRU14 - jika keputusannya masih sama atau tidak banyak beza seperti sekarang.
Ini yang banyak dibincangkan di kalangan perwakilan dalam Muktamar PAS ke-60 yang sedang berlangsung di Johor.
Walaupun Syiah adalah mazhab dalam Islam yang paling banyak ditolak orang Islam sendiri kerana didakwa menyeleweng, tapi teras penting kepada mazhab tersebut - mengakui Allah sebagai tuhan yang satu dan Nabi Muhammad sebagai pesuruhNya, masih sama seperti mazhab-mazhab yang lain.
Justeru, ahli-ahli PAS tidak ada sebab untuk menolak fahaman tersebut meskipun sebelum ini ada kenyataan dari pimpinan tertinggi PAS (berfahaman sunni) yang parti itu akan memecat dengan serta merta mana-mana ahlinya yang mengamalkan mazhab syiah.
Hanya dengan itu sahaja, PAS dapat dibersihkan dari pengacau-pengacau seperti Haron Din dan lain-lain yang 24 jam hidupnya tidak ada kerja lain selain cuba menggagalkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat atau dalam bahasa Arabnya - tahaluf siayasi.
Tapi aku percaya perkara ini (syiah memimpin PAS) kalau berjaya dilakukan sekalipun, akan melalui jalan-jalan sukar yang tak boleh nak digambarkan kata-kata.
Silap-silap, PAS yang ada sekarang mungkin berkubor terlebih dahulu dan sebuah PAS Baru akan ditubuhkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan. PAS Baru inilah nanti yang akan meletakkan seorang ulama syiah untuk memimpin parti tersebut.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab