Monday, December 9, 2013

Gagal ubah persepsi punca BN gagal di Selangor

  • Gagal ubah persepsi punca BN gagal di SelangorNoh Omar
 1 / 1 
SHAH ALAM - Kegagalan BN  mengubah persepsi bahawa parti itu merupakan sebuah parti yang benar-benar bersih menjadi salah satu faktor utama mengapa parti itu ditolak oleh rakyat Selangor pada PRU yang lalu.

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar,kegagalan BN untuk mengubah persepsi rakyat adalah antara penghalang terbesar parti itu merampas semula Selangor.

Katanya lagi, BN Selangor perlu lebih berani tampil ke hadapan bagi mengubah persepsi tersebut.
" Bagi saya salah satu sebabnya (kegagalan BN memerintah Selangor)  ialah, pihak BN  kurang berjaya untuk  mengubah persepsi rakyat.

"... yang memandang kerajaan BN yang rasuah, mengamalkan kronisme, kerajaan yang membuat program-program kerana keuntungan.

"...jadi ini yang perlu kita ubah dan di Selangor kita tidak boleh bersikap defensif kita kena ofensif kerana rakyat Selangor faham kita ada dua kerajaan," katanya kepada Sinar Harian Online selepas ditemui dalam majlis projek mengecat Blok D PPR Taman Petaling Jaya, hari ini.

Katanya lagi, BN perlu cekap menampilkan kesalahan dan kelemahan PR bagi mengubah persepsi tersebut.

Mengikut rekod BN masih gagal untuk merampas negeri Selangor buat kali kedua.

Negeri Selangor mula jatuh ketangan PR pada PRU 2008. Sejak daripada itu PR kekal memerintah Selangor sehingga kini.

No comments: