Wednesday, December 11, 2013

Mangsa Banjir Di Kuantan Mengada-Ngada

Antara Poster Propaganda UMNO Mengutuk Sumbangan Kerajaan Selangor
Sumbangan kerajaan Selangor untuk mangsa banjir di Pahang sebanyak RM 50,000 dan dakwaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh tidak membantu penduduk sewaktu kawasan tersebut di landa banjir besar kelmarin, menjadi topik yang cukup hangat di perbincangkan sekarang.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab aku untuk menjawab perkara tersebut satu persatu, bermula dengan kerajaan Selangor ini dahulu.

Kerajaan Selangor menjadi sasaran kecaman kerana sumbangan RM 50,000 itu pada mata sesetengah pihak terlalu kecil berbanding dengan sumbangan beratus ribu kerajaan Selangor untuk kes kematian Teoh Beng Hock dan A Kugan beberapa tahun sebelum ini.

Aku katakan begini, kedua-dua kes tersebut ada nilai politik yang besar untuk kesinambungan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, berbanding membantu rakyat di Pahang.  Lagipun Pahang adalah negeri UMNO dan hasil balak di negeri tersebut saja sudah cukup untuk membantu rakyat mereka sendiri.

Sumbangan kerajaan Selangor ini jangan dinilai dari segi jumlah tapi dari segi hasrat nak membantu.

Lagipun, sumbangan tersebut bukan disalur terus kepada kerajaan Pahang untuk diagih-agihkan, tetapi melalui wakil Pakatan Rakyat di negeri tersebut.  Pakatan Rakyat bimbang kalau dimasukkan dalam akaun kerajaan negeri Pahang, sumbangan itu akan diselewengkan, seterusnya tidak sampai ke tangan penduduk.


Berkaitan dengan ketiadaan ahli parlimen Kuantan sewaktu daerah tersebut dilanda banjir besar pula, rakyat perlu faham bahawa Fuziah menetap di Bangi dan pada waktu itu ada persidangan parlimen di Kuala Lumpur.

Sudah tentu ia akan mengambil masa sedikit untuk Fuziah menghadirkan diri ke Kuantan kerana wakil rakyat pembangkang tidak seperti wakil rakyat kerajaan dimana semua kemudahan pengangkutan disediakan (termasuk pengangkutan dari udara).

Ahli Parlimen pembangkang perlu guna apa juga pengangkutan yang ada, dan dengan jalan darat yang banyak ditutup akibat air bah, sudah tentu Fuziah menghadapi kesukaran untuk sampai ke Kuantan pada masa bah besar berlaku.

Kerajaan Pahang dan agensi bantuan kerajaan persekutuan yang lain pun telah melakukan semua kerja-kerja menyelamat, jadi Fuziah ada atau tidak, tak begitu penting kerana kerja menyelamat tetap dijalankan.

Jadi tak usahlah nak bising sangat bila Fuziah lewat berada disitu.  Bukan Fuziah yang sediakan tempat perlindungan atau bantuan makanan pun, tapi agensi persekutuan seperti JPAM, polis dan Bomba.

Pada aku semua ini menjengkelkan.  Ini semua hanya alasan untuk menjatuhkan imej Fuziah sebagai wakil rakyat Kuantan dan aku percaya, dalang kepada semua ini adalah UMNO dan juak-juaknya.

Mereka tidak akan berhenti selagi Pakatan Rakyat tidak dijatuhkan.

No comments: