Saturday, December 7, 2013

Perjalanan Politik Mandela & Anwar Ada Persamaan - Selain Liwat

Kematian bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Rolihanla Mandela akibat jangkitan paru-paru semalam, sebenarnya ada banyak kaitan dengan perjalanan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia ini.

Jika Mandela pernah disumbat ke dalam penjara kerana memperjuangkan hak orang kulit hitam, apa bezanya dengan Anwar yang difitnah sehingga masuk ke dalam penjara kerana memperjuangkan hak asasi manusia yang lebih baik di Malaysia - termasuk kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan sebagainya?

Cuma kalau ada yang berlainan sedikit, Mandela dipenjarakan selama 27 tahun oleh rejim Apharteid di negara tersebut, sementara Anwar disini dipenjarakan oleh rejim UMNO selama hanya 6 tahun.

Tapi selain dari itu, perjalanan politik Mandela yang panjang itu tidak jauh berbeza dengan Anwar disini.  Malah kalau semuanya menjadi seperti dalam perancangan, Anwar akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia di usia 71 tahun pada 1918 - tidak jauh berbeza dengan Mandela yang dilantik menjadi Presiden Afrika Selatan pada usia 76 tahun pada 1994.

Bukankah itu satu Ironi yang menarik untuk diperhatikan?

Sama seperti Mandela, pemerintahan Anwar nanti akan membawa perubahan yang besar kepada negara ini, terutama dari segi perhubungan kaum dan hak asasi manusia yang terlalu jauh baiknya berbanding dengan sekarang.

Jika Mandela berjaya membebaskan Afrika dari pemerintahan Apharteid dimana orang putih menindas orang kulit hitam, Anwar juga akan membebaskan Malaysia dari dasar menindas kaum lain dan hanya memberi kelebihan kepada orang Melayu/Bumiputera Sabah Sarawak yang diamalkan oleh UMNO di negara ini.

Anwar telah berjanji kepada masyarakat cina akan memberi hak sama rata kepada semua kaum dan bangsa di negara kita termasuk di Sabah dan Sarawak.  Tidak ada satu kaum pun yang akan ditindas oleh kaum yang lain seperti sekarang.

Semua itu menyokong hujah bahawa Anwar dan Mandela ada banyak persamaan.

Lebih baik lagi, sementara pemerintahan Mandela selama 5 tahun (1994-1995) telah gagal mengeluarkan Afrika dari belenggu kemiskinan, pemerintahan Anwar nanti pula akan menjadikan seluruh rakyat negara ini hidup dalam serba kemewahan dan bebas kemiskinan.

Mana kan tidak, jika semua janji-janji Pakatan Rakyat seperti penghapusan tol, pemansuhan bayaran balik PTPTN, harga minyak dan barang keperluan yang murah sepanjang masa, rakyat akan mempunyai lebihan wang yang banyak dalam tangan dan hidup mewah sepanjang masa.

No comments: