WASHINGTON DC - Amerika Syarikat (AS) tahu apa yang mereka mahukan pada saat ini, iaitu menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya, kerana masalah pengangguran telah lama menjadi isu di negara itu.
Berdasarkan objektif itu, AS membentuk dasar perdagangan dan dasar luarnya, termasuk keputusan untuk menyertai perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang sedang dirundingkan negara itu dengan 11 negara lain, termasuk Malaysia, iaitu Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Matlamat AS dalam TPP adalah jelas, tetapi apa pula objektif utama Malaysia menyertai TPP?
Berdasarkan objektif itu, AS membentuk dasar perdagangan dan dasar luarnya, termasuk keputusan untuk menyertai perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang sedang dirundingkan negara itu dengan 11 negara lain, termasuk Malaysia, iaitu Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Matlamat AS dalam TPP adalah jelas, tetapi apa pula objektif utama Malaysia menyertai TPP?
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dalam penerangan mengenai TPP di laman webnya menyebut kerajaan melihat TPP sebagai usaha penting untuk mengembangkan peluang akses pasaran Malaysia, meningkatkan daya saing dan membina keyakinan pelabur.
“(Jika dimuktamadkan) TPP akan menjadi pasaran bebas cukai besar dengan 800 juta penduduk, jauh melebihi pasaran terhad Malaysia dengan 29.5 juta penduduk,” menurut Miti.
Menurut Miti, kajian oleh Institut Ekonomi Peterson pada Jun tahun lalu menunjukkan Malaysia akan mengalami kenaikan eksport sebanyak RM41.7 bilion menjelang 2025 jika ia menyertai TPP.
“Selain itu, perbincangan Miti dengan pelbagai pihak berkepentingan sebelum menyertai TPP turut menunjukkan banyak permohonan daripada syarikat Malaysia untuk kerajaan membuka lebih banyak pasaran dan mengambil langkah membantu perdagangan.
“Dengan TPP, Malaysia akan menjadi sebahagian daripada perpaduan ekonomi di rantau Asia Pasifik. TPP juga akan meningkatkan secara ketara hubungan Malaysia dengan rakan dagang penting seperti AS, Kanada, Mexico dan Peru,” menurut Miti.
Seperti dipersetujui ramai pakar ekonomi di Malaysia, TPP akan membawa banyak manfaat jangka panjang dari sudut ekonomi namun di sebalik semua itu, apa yang lebih penting adalah apa kesan TPP kepada usahawan tempatan dan rakyat biasa dan adakah kerajaan mempunyai objektif khusus dalam hal ini, seperti AS?
Bekas Setiausaha Perdagangan AS, Norman Mineta berkata, cabaran utama perjanjian pelbagai hala seperti TPP adalah semua negara mempunyai sesuatu yang perlu dilindungi.
“Persoalannya, adakah mereka sanggup menurunkan peratusan perlindungan kepada rakyat negara mereka (untuk menyertai TPP)?,” katanya semasa ditemui di Washington.
Ramai yang faham bahawa dalam mana-mana rundingan perjanjian perdagangan, pasti ada aspek di mana Malaysia perlu mengalah dan di mana Malaysia mendapat lebih manfaat tetapi apa yang diperlukan adalah satu analisis untuk memastikan kelebihan TPP berbaloi dengan apa yang perlu Malaysia korbankan.
No comments:
Post a Comment