Monday, September 16, 2013

Cina Menguasai Kerajaan Malaysia, Jangan Salahkan Tony Pua/DAP

Mungkin ramai tidak sedar bahawa rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan Najib pada Sabtu lepas adalah ibarat pengisytiharan 'perang ekonomi' terhadap kaum Cina.

Tambahan bertingkat kali ganda dana-dana pinjaman untuk Melayu, termasuk modal untuk Melayu memulakan perniagaan, adalah satu usaha sistematik yang dilakukan secara terang-terangan untuk 'membunuh' punca ekonomi orang Cina paling utama - perniagaan.

Walaupun ia mungkin bertujuan untuk meningkatkan mengelak berlaku monopoli dan meningkatkan persaingan tapi bukan dalam negara seperti Malaysia dimana politiknya dikuasai orang Melayu.  

Jika politik dikuasai kaum lain dan persaingan Melayu-Cina hanya wujud dalam ekonomi sahaja, barulah soal persaingan ini masuk akal dan adil.

Masalahnya, kita sedang bercakap tentang 67.9% (jumlah orang Melayu/bumiputera + kuasa politik) menentang baki 30% orang Cina di negara ini. 

Justeru, aku tidak hairan kenapa DAP tidak nampak cara lain untuk memastikan ketidakadilan ini dari berterusan, melainkan menukar kerajaan sedia ada menjadi kerajaan yang pro Cina - seperti yang disebutkan Setiausaha Publisiti parti tersebut, Tony Pua dalam akaun FBnya kelmarin.

Tidak ada sebab kenapa cadangan ini perlu dipandang dari sudut yang negatif kerana ia bertujuan baik, untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia dari hancur kerana dikuasai oleh pihak yang salah.

Jangan salah faham, apa yang akan dicoret selepas ini bukan bermaksud sama sekali aku nak cakap tentang perkauman (tidak ada langsung niat kesitu), tapi terima sajalah hakikat orang Cina lebih bijak mengurus ekonomi dan perniagaan dari orang Melayu.

Mesti ada sebab kenapa Tunku Abdul Rahman dulu melantik Menteri Kewangan pertama negara ini dari kalangan orang Cina, sebab Tunku pun tahu Melayu tidak berkelayakan dalam soal perniagaan, apatah lagi menguruskan ekonomi sebuah negara!!

Bapa Najib, Tun Abdul Razaklah yang memecah tradisi itu apabila melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Kewangan setelah dilantik menjadi Perdana Menteri pada 1970 dan keadaan itu berterusan sehingga sekarang.

Tidak cukup memastikan Cina tidak lagi dilantik sebagai Menteri Kewangan, Tun Razak juga memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), polisi pro Melayu yang hampir memusnahkan ekonomi orang Cina.  

Hanya kebijakan orang Cina menyesuaikan diri dengan polisi baru tersebut dan kebodohan Melayu mengambil peluang dari DEB, berjaya menyelamatkan orang Cina dari ketinggalan, malah kekal menguasai ekonomi negara ini sehinggalah sekarang.

Najib nampaknya mengulangi apa yang dilakukan bapanya lebih 43 tahun dulu dengan memperkenalkan polisi ekonomi yang menekan kaum Cina, walaupun diakhir ucapannya, dia menafikan polisi baru ini akan mengambil hak orang lain.

Macamlah besar sangat ekonomi Malaysia ini sehingga tidak ada pihak terjejas apabila Melayu mendapat bahagian yang lebih dalam kek ekonomi negara kita.

Sekali lagi aku tekankan, ini hakikat, bukan tentang perkauman, ekonomi memang bukan bidang kepakaran orang Melayu.  Suka atau tidak, itulah faktanya.

Justeru, Pakatan Rakyat akan bersama-sama DAP dalam hal ini, termasuk memberi sokongan penuh kerana matlamat penubuhan Pakatan Rakyat adalah untuk memberikan keadilan kepada rakyat negara kita, tidak kira bangsa, kaum dan agama..

Apatah lagi, Tony Pua memang dalam perancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Menteri Kewangan I sekiranya keputusan PRU13 yang lepas memihak kepada Pakatan Rakyat.

Ramai tak tahu?  Sekarang aku bagi tahu.

No comments: