Tuesday, September 17, 2013

Chin Peng Layak Dirai Sebagai Pejuang Negara/Kemerdekaan

Kematian pejuang negara yang telah banyak berjasa untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajahan (terutama penjajahan Jepun), Chin Peng semalam, merupakan satu kehilangan yang patut diratapi (bukan diraikan), oleh semua rakyat Malaysia.

Seperti yang ditunjukkan oleh aktivis Pakatan Rakyat, Hishamudin Rais dan Khalid Ismath dalam Twitter masing-masing semalam.

Malah, kesudian Khalid Ismath yang mewakili generasi muda Malaysia untuk menguruskan mayat Chin Peng, begitu mengharukan sesiapa pun yang membaca posting tersebut.

Aku sendiri pun tidak sangka masih ada anak muda yang memahami hakikat sebenar perjuangan Chin Peng, ingat semua dah rosak dek buku sejarah yang dikarang UMNO dah.

Ini bukanlah pelik kerana sebagai pertubuhan politik yang begitu kuat menyokong Chin Peng, Pakatan Rakyat memang patut menghormati kematian Chin Peng, lebih baik dari UMNO.



Kalau dapat diisytiharkan tempoh berkabung selama 7 hari, bendera diturunkan separuh tiang dan yang setaraf di 3 negeri yang kita perintah, lagi baik.

Malah ada cadangan supaya lokasi popular di Pulau Pinang, Jalan MacAlister yang menempatkan begitu banyak premis perniagaan dan bersejarah, ditukar nama kepada Jalan Chin Peng bagi menghormati jasa dan pengorban bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu.

MacAlister itu nama penjajah, kenapa dia perlu diraikan pada nama jalan, sedangkan pejuang rakyat seperti Chin Peng, dilupakan?  Lagipun bangunan UMNO terletak di jalan tersebut, sudah tentu pengubahan nama jalan ini nanti akan mencipta ironi yang tersendiri.

Aku dimaklumkan, cadangan ini sedang mendapat perhatian serius kerajaan negeri dan mungkin akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat.

Jika boleh aku mahu lihat Pakatan Rakyat menghantar wakil untuk menghadiri majlis persemadian Chin Peng nanti, dan membawa bersama mereka bendera Jalur Gemilang untuk dibalut di keranda Chin Peng, sebagai tanda penghormatan kita kepada bekas pemimpin PKM tersebut.

Chin Peng adalah nama besar dalam sejarah negara dan penghormatan sewajarnya perlu diberikan kepada mendiang.

Jangan ikut cara UMNO yang seboleh-bolehnya mahu memadamkan terus nama Chin Peng dari lipatan sejarah termasuk memasukkan fakta salah mengenai 'keganasan' komunis di dalam buku sejarah di sekolah-sekolah.

Sebetulnya, tidak wujud keganasan komunis, yang wujud hanyalah pemberontakan bersenjata komunis untuk menumbangkan kerajaan Malaysia - perjuangan yang sama seperti Pakatan Rakyat sekarang, cuma tidak mengangkat senjata sahaja.

Yang sering disebut ialah komunis membunuh askar, bagaimana pula dengan askar yang membunuh komunis? Adakah nyawa mereka mempunyai nilai yang lain berbanding askar kerajaan?

Tentang korban di pihak awam yang disebabkan oleh 'keganasan' komunis di dalam buku-buku sejarah UMNO, itu adalah satu keadaan yang tidak boleh dielakkan dalam mana-mana peperangan.  Malah ada istilah tersendiri pun untuk menggambarkan keadaan tersebut -  colleteral damage.

Amerika Syarikat yang lebih kuat dan canggih dari segi kekuatan senjata dan tentera pun tidak mampu mengelakkan colleteral damage di kalangan orang awam, apatah lagi pejuang komunis yang serba kekurangan.

No comments: