Tuesday, September 17, 2013

Pengebumian Negara: Chin Peng Lebih Layak Dari Kanang

Aku dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat pelik dengan keengganan pentadbiran Najib untuk membawa pulang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang meninggal dunia di Thailand semalam.

Jangan kata mayat mendiang, abunya pun tak dibenarkan BN untuk dibawa balik ke mari dan disemadikan dengan cara yang selayaknya untuk seorang pejuang negara seperti dia.

Nampak jelas disitu, keputusan yang dibuat Najib hanya didorong oleh emosi segelintir orang yang kononnya terjejas dengan pemberontakan komunis pimpinan Chin Peng dulu.

Aku masih ingat, beberapa tahun lepas, pentadbiran Najib mengeluarkan begitu banyak wang bagi mengadakan upacara pengebumian negara bagi Kanang a/k Langkau, sehingga mencetuskan bantahan rakyat kerana dana awam yang begitu besar digunakan untuk menjayakan upacara tersebut. 

Bukan aku nak ungkit kisah itu, cuma dari segi akademiknya, kenapa Kanang boleh dan Chin Peng tidak?  Walhal nak diikutkan dari jasa, Chin Peng lebih banyak jasanya kepada negara berbanding Kanang!!

Kanang hanya bunuh beberapa pejuang komunis, sedangkan kalau tidak kerana pergerakan bersenjata yang dipimpin Chin Peng, British dan Jepun masih menguasai negara ini sehingga sekarang.

Agaknya Najib tahu ke semua ni?

Najib sepatutnya mengambil nasihat bekas Penolong Pengarah Cawangan Khas semasa era darurat, Tan Sri Yuen Tuet Leng dalam akhbar Sin Chiew hari ini yang menggesa kerajaan untuk memaafkan Chin Peng dan membawanya balik kesini.  

Menurut Tan Sri Yuen, perang sudah habis, yang sudah tu sudahlah, ini masa untuk memaafkan.

Ironinya, nasihat ini datang dari orang yang menghabiskan 2/3 dari hidupnya untuk memburu Chin Peng (membunuhnya kalau boleh) semasa zaman pemberontakan komunis dulu.

Kalau dia pun boleh melupakan kesalahan Chin Peng, yang Najib pulak berapa besar darjat nak menghalang Chin Peng (atau abunya) dari disemadikan disini?

Aku nasihatkan BN supaya mendengar suara majoriti rakyat yang mahukan Chin Peng dibawa balik.  Aku tak rasa orang-orang yang suami, bapa, saudara mara atau rakannya dulu yang mati dibunuh pejuang komunis, masih berdendam dengan Chin Peng.

Cerita itu sudah lama, sudah jadi sejarah, apa yang kita nak berkira sangat?  Mati semua orang mati, cuma cara saja yang berbeza, sama ada di dalam peperangan dibunuh pejuang komunis atau secara semula jadi.

Menguatkan lagi hujah kenapa Chin Peng tidak perlu dihalang dari dibawa balik.  

Pakatan Rakyat sudah pasti akan memperjuangkan sehingga ke sudut perundangan terakhir supaya Chin Peng (atau abunya), disemadikan juga disini dan diberi penghormatan yang sepatutnya.  Kalau bukan pengebumian negara, aku tak nampak masalah untuk Chin Peng diberi penghormatan negeri.

Pakatan Rakyat masih menguasai 3 negeri dan mana-mana satu negeri ini tidak sepatutnya ada masalah untuk memberikan penghormatan negeri, kerana soal ini (membawa Chin Peng balik) adalah pendirian rasmi Pakatan Rakyat.


Kalau masih gagal (Mahkamah dikuasai BN), Pakatan Rakyat akan meminta campur tangan antarabangsa, terutama dari negara kuasa besar komunis seperti China.

No comments: