Calon BN di PRK Sg Limau ini, Ahmad Sohaimi Lazim, PHD dikhabarkan mengimamkan sembahyang di sebuah surau di Sungai Limau semalam.
Tindakan yang dilihat sebagai cubaan terdesak untuk menarik undi ini dikatakan telah lama dilakukan Sohaimi, sehingga mengaburi mata kepimpinan UMNO yang terpedaya dengan memilihnya sebagai calon dalam kempen pilihanraya kecil kali ini.
Berbeza dengan kali ini, Sohaimi melakukannya dengan bersungguh-sungguh untuk menutup kekurangannya di dalam bidang agama, berbanding dengan calon Pakatan Rakyat, Azam Abdul Samad.
Perbuatan Sohaimi ini bagaimanapun mendapat bantahan dari jemaah surau dimana kejadian itu berlaku. Mereka yang kebanyakkan penyokong PAS, nyata tidak senang dengan kelibat Sohaimi mengimamkan sembahyang di kampung mereka.
Bukan rahsia bahawa ada peraturan di dalam Islam yang mengatakan sembahyang orang UMNO tidak sah dan diterima tuhan. Itu kalau sembahyang bersendirian, apatah lagi dalam kes ini menjadi Imam.
Sehinga aku difahamkan ada di antara orang kampung yang terpaksa menanggung dosa melewatkan sembahyang kerana menanti Sohaimi selesai mengimamkan sembahyang terlebih dahulu sebelum mereka boleh memulakan upacara sembahyang tersebut.
Untuk yang tidak tahan menanggung dosa tersebut, mereka mengadakan upacara sembahyang berasingan dari kumpulan yang diimamkan sembahyangnya oleh Sohaimi.
Apa yang dilakukan Sohaimi ini jelas menimbulkan rasa kurang senang orang kampung. Kebebasan mereka untuk beribadat dengan diimamkan oleh orang yang mereka tahu layak, telah diganggu gugat oleh Sohaimi yang kemaruk nak menggantikan Almarhum Ustaz Azizan sebagai wakil rakyat di kawaan tersebut.
Tidak hairan kenapa aku mendengar bahawa orang kampung berkenaan akan bersedia dengan telur busuk bagi menghalang Sohaimi dan rombongannya masuk dan membuat kacau di kawasan mereka. Jadi imam sembahyang tu kira buat kacaulah.
No comments:
Post a Comment