Apa yang aku nak tulis ini sebenarnya salah. Aku tak sepatutnya menulis menghentam Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin kerana dia ini adalah 'kunci' Pakatan Rakyat untuk melihat UMNO hancur dari dalam.
Sejak Khairy mula berkecimpung dengan serius dalam politik pada 2004, UMNO mula hilang sokongan secara mendadak, melihat kepada keputusan PRU12 pada tahun 2008 bila BN hilang majoriti 2/3 buat pertama kali dan kesan itu berterusan dalam PRU13 yang lepas.
Jadi dia tak sepatutnya diusik, lagi lama dia dalam UMNO, lagi bagus untuk Pakatan Rakyat. Antara sebab kenapa Pakatan Rakyat tidak mencalonkan Badarul Hisham Shaharin di Parlimen Rembau dalam PRU13 lepas adalah kerana nak memberi laluan mudah kepada Khairy.
Ini ramai tak tahu, sekarang aku nak beritahu.
Tapi aku tak boleh nak menahan diri bila lihat Khairy mula bercakap macam bagus tentang sukan bolasepak di negara kita. Bukan sebab FAM baik sangat, atau kerana Siti Norhaliza tegur Khairy semalam, tapi sebab aku tahu Khairy ada zero knowledge pasal bolasepak Malaysia.
Walaupun pada satu ketika yang singkat dia pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden FAM (menang tanpa bertanding).
Bagaimanapun, itu bukan sebab dia handal bab bolasepak, tapi sebab pengaruh bapa mertuanya yang pada waktu itu Perdana Menteri. Samalah semasa Khairy menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda Rembau dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 2004, semua itu sebab pengaruh bapa mertua.
Sebelum itupun, ketika dilantik jadi Exco Pemuda UMNO pada 2001 pun, sebab pengaruh bapa mertuanya juga (ketika itu Timbalan Perdana Menteri). Tanpa pengaruh itu, dia entah sesiapa, mungkin jadi pelacur lelaki di Soho, London.
Aku kata mungkin.
Yang penting, sememangnya semasa Paklah jadi Perdana Menteri (sehingga ke hujung pentadbirannya), semua jawatan Khairy dalam bidang sukan dan politik diperolehi kerana pengaruh mertua.
Maka itu Khairy boleh menang tanpa bertanding kesemua jawatan tersebut, sebab ada pengaruh, bukan kerana dia mahir dalam bidang berkenaan.
Jadi layak mana budak ini nak bercakap pasal bolasepak kalau semua jawatan yang dia dapat pun sebelum jadi Menteri adalah kerana pengaruh mertua, bukan kebolehan sendiri? Nak tunjuk kuasa ke? Alah, Menteri sukan saja pun, bukan kanan sangat.
Itu bukan sahaja buktinya, ada lagi.
Aku rasa semua pasti masih ingat pada tahun 2007, ketika Khairy menubuhkan pasukan bolasepak MyTeam yang dia biayai sendiri menggunakan 'tajaan paksaan' dari beberapa syarikat gergasi seperti AirAsia dan Scomi (abang ipar ada kepentingan).
Dah kemana pergi pasukan tu hari ini, masuk longkang?
Jadi taklah hebat manapun pengetahuan dalam bolasepak. Urus satu pasukan bola pun melingkup, lagi nak masuk campur dalam hal bolasepak peringkat kebangsaan ke?
Seperkara lagi, apa Khairy lupa ke yang politik tidak boleh masuk campur dalam urusan persatuan sukan seperti FAM? Khairy nak lihat sukan bolasepak negara ini digantung FIFA sebab campur tangan politik seperti yang berlaku pada Indonesia dan Brunei pada satu ketika dulu.
Ini masalah bila naik atas sebab pengaruh, sampaikan perkara asas macam ini pun tak tahu.
No comments:
Post a Comment