Thursday, December 26, 2013

Kalau Bukan Salah UMNO Habis Salah Upin Ipin Ke?

KUALA LUMPUR,:Rakyat tidak seharusnya menuding jari kepada Umno mengenai kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.
Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Teluk Kemang berkata, kenaikan tersebut merupakan perkara yang tidak dapat dielak oleh mana-mana kerajaan yang memerintah.
Malah, katanya, rakyat perlu memahami serta cuba menerima perubahan situasi tersebut dari semasa ke semasa disebabkan faktor ekonomi dunia tidak menentu.
“Itu kita tak boleh elak, nak marah pada Umno sebab apa, kalau marah pada Umno harga tidak boleh turun…kos hidup (tidak boleh turun)…jadi jangan terlalu emosional.

I can say with some certainty that Isa Samad knows too little about business to say anything effective about prices. When he was Minister of the Federal Territory some of us businessmen met Isa about the large numbers of illegal hawkers (supported by Tengku Adnan's boys at UMNO FT) who were blocking the roads and causing losses for businesses. Isa's solution was simple. He said, 'Jangan bayar sewa lah sebulan'. 

Isa Samad holds a Master's Degree from the Proton School of Management. Buy high and sell low is the way to go. 

Let us see who is impoverishing the people, especially the Malays. Mari kita lihat siapa yang sebenarnya miskinkan orang, terutama sekali masyarakat Melayu. 

1. If not UMNO, who controls policy over perbankan Islam yang menipu dan cekik orang Melayu? The worse than Jewish "Islamic banks" are cheating, lying and making the Malays poor based on the falsehood that they are Islamic.

Malays are suffering higher borrowing costs when they borrow from the cheating Islamic banking system in this country. Malays are becoming poorer. Kalau bukan "UMNO call the shot" dan membentuk dasar perbankan yang memiskinkan orang Melayu habis siapa lagi? 

What is the solution? Bebaskan sektor perbankan. Open up the banking industry. Issue 500 banking licenses. Better still issue 500,000 banking licenses. Let anyone who wants to open a bank do so. Let there be more competition. Let market forces push down the borrowing costs. Boleh tak? Tak boleh juga. Lesen bank dikawal ketat kerajaan pimpinan UMNO. Bukankah begitu? Ahmad Maslan sudah kata UMNO 'the one with the power'. Kalau bukan salah UMNO, habis salah siapa? 

2. Toll naik salah siapa? PLUS Highway itu anak syarikat kepunyaan UMNO sendiri. Even the haiwan dalam Zoo Negara knows this.  The Toll Concessions for 25 years, 50 years, 150 years were all signed by UMNO. Kalau bukan salah UMNO, habis salah siapa? 

Kenapa kerajaan UMNO tak mahu ambil balik syarikat toll highway? Bukan susah pun. Kerajaan beli saja saham syarikat tol. Lepas tu kerajaan bubarkan tol. Apa susah sangat? Dah lupa ke "dawn raid" yang famous di mana Kerajaan pimpinan UMNO telah berjaya "tawan" syarikat gergasi Guthrie Corporation di London Stock Exchange? 

Why not do a 'dawn raid' on the toll concessionaires? Do a back door "nationalisation". (I am sure the Securities Commission under Ranjit Singh will approve). Then abolish the tolls. 

Pi balik dari KL ke Alor Setar saja kena bayar tol dan minyak lebih RM200. Siapa miskin dulu? Serupa juga kalau pi balik dari KL ke JB. All this costs money. 

3. Tarif letrik naik ikut arahan kerajaan UMNO juga. Kalau kerajaan tak setuju, tarif eletrik tak boleh naik. Habis siapa yang setuju tarif letrik naik? Kerajaan UMNO juga. And they do it abruptly, secara terkejut tergempak.

When the electricity tariffs increase the gomen profits directly because the gomen owns Tenaga Nasional Bhd. 

And Jamaludin Jarjis will also profit because JJ now owns an IPP in Kulim, Kedah which collects the tariff direct from the consumer.  

So lagi tinggi tarif letrik naik, maka lagi kaya lah Jamaludin Jarjis. JJ says he "bought" that IPP for RM850 million fair and square from a bank "lelong". But the IPP he bought is worth RM1.5 Billion. So this means JJ already made an easy profit of RM1500m - RM850m = RM650 million the moment he acquired that IPP. 


Where did JJ get RM850 million to buy that IPP? Maybank gave him the loan. Senang saja. Maybank is a GLC. GLC dikawal kerajaan UMNO juga. Apa susah sangat? Dan siapa itu Jamaludin Jarjis kalau bukan sahabat baik presiden parti UMNO. Jadi orang UMNO semua jadi kaya.  Kalau tarif letrik naik, JJ akan jadi lagi kaya.

Bila tarif letrik naik harga barang semua akan naik. Orang Melayu juga akan tanggung harga barang mahal. Orang Melayu juga jadi miskin.  Kalau bukan salah UMNO, habis salah siapa? Takkan salah Upin dan Ipin?

4. Sama juga harga minyak. Harga minyak naik ikut arahan kerajaan pimpinan UMNO. Harga minyak melonjak naik, secara terkejut tergempak juga. Jump 70 sen per litre (time Badawi dulu). Most recent jump is 20 sen per litre. They dont know how to do it gradually. Semua orang jadi miskin. Orang Melayu dan Islam jadi miskin dulu. 

Kan Ahmad Maslan dah kata 'UMNO call the shot' atau 'the one with the power'. Kalau bukan salah UMNO, habis salah siapa?

5. The sugar subsidy was abolished overnite. Gula naik 34 sen satu kilo. Semua orang jadi miskin. Pasal apa buang sabsidinya sekaligus overnite? Potonglah sabsidi 5 sen tiap enam bulan ke? Dalam 2 1/2 tahun beres tak ada sabsidi gula dah. Orang pun tak rasa. Kalau bukan salah kerajaan UMNO  potong sabsidi 34 sen sekali gus, salah siapa lagi? 

6. Bernas itu monopoli beras. Sekarang harga beras di Malaysia sama tinggi atau lebih tinggi dari harga beras di Singapura dan Australia. Siapa yang kawal monopoli beras? Yang pegang monopoli beras ini kroni UMNO juga. Siapa tak tahu? Jadi kalau harga beras naik, salah siapa pula kalau bukan salah UMNO? Orang Melayu yang jadi miskin dulu.

7. Cukai pintu atau Quit Rent naik beratus peratus. Babuji cuba klentong kata assessment rate has been reduced from 6% to 4%. But the assessment itself has been increased over 2.6 times. Ini kerajaan pimpinan UMNO juga yang buat. Jadi kalau bukan salah UMNO, salah siapa? 

8. Cukai RPGT naik jadi 30%. Maksudnya harga rumah akan naik sebab penjual terpaksa 'cover' kerugian bayar RPGT 30%.  Siapa suruh kerajaan UMNO naikkan cukai RPGT sampai 30%?  Harga rumah tidak akan turunlah.

9.  Bekas Menteri kerajaan pimpinan UMNO pegang AP impot daging lembu. Setiap ekor lembu yang diimpot harus dibayar 'cukai' kepada pemegang AP ini. Macam itu juga terdapat beribu jenis AP semuanya yang dipegang oleh kroni UMNO. 

AP naikkan kos impot barang. Habis kalau bukan salah UMNO salah siapa pula bila kroni ambil untung dari AP? 

10. Harga kereta di Malaysia antara yang tertinggi di dunia. Kereta pun perlukan AP untuk di impot. Tambah lagi kerajaan pimpinan UMNO letakkan cukai yang tinggi (cukai eksais 65% - 105%, duti impot sehingga 30%) ke atas kereta yang di impot. 

Sehingga kereta Jepun yang nilainya hanya RM21,000 boleh naik harga jadi RM89,000. Naik harga lebih empat kali ganda. Semua ini salah siapa?

Cukai impot, cukai eksais dan AP masih digunakan untuk membantu industri kereta tempatan yang sudah terbukti tidak mempunyai daya saing (selepas 25 tahun). 

Sekarang kereta Honda Accord pula ditukar nama jadi Proton Accordion. Terus mendapat gelaran "kereta nasional". Nama pun pelik sekali.  Apabila dipicit - picit akan keluar bunyi seperti kambing kena sembelih. Sebenarnya yang disembelih adalah rakyat Malaysia, terutama sekali golongan pendapatan sederhana dan rendah yang majoriti besarnya orang Melayu juga. 

Semua ini hasil dasar kerajaan pimpinan UMNO juga. UMNO dulu ertinya United Malay National Organisation. Kemudian tukar jadi United Mamak & Nana Organisation. Sekarang maksud UMNO adalah United Millionaires National Organisation. 

Ahmad Maslan kata 'UMNO call the shot' atau 'the one with the power'?

Jadi sudah tentu ini adalah salah UMNO. UMNO sekarang sudah hilang daratan. UMNO hanya pentingkan kroni, agih-agihkan harta rakyat kepada kroni dan biar rakyat tanggung beban dasar yang menguntungkan kroni. 

No comments: