Thursday, December 26, 2013

Enggan Sokong Himpunan: Patutkah Menteri Besar Kelantan Digulingkan?

Pakatan Rakyat mengecam kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub baru-baru ini kerana menghalang penyokong PAS dari negeri tersebut datang beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 31 Disember nanti untuk menyertai Himpunan Turun (Himpunan Guling Kerajaan - HGK) yang dianjurkan Pakatan Rakyat.

Halangan Ahmad Yaakob bermaksud, tidak ada bantuan pengangkutan dan kewangan (duit belanja) yang akan disediakan kerajaan negeri untuk kemudahan penyokong PAS dari Kelantan datang beramai-ramai ke Kuala Lumpur.

Ini berbeza keadaannya dengan PAS Kelantan sewaktu berada dibawah pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.  Pada ketika itu, Nik Aziz menyokong semua himpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat, termasuk memberi duit belanja dan menyediakan bas kepada penyokong PAS dari Kelantan yang ingin menyertainya.

Nasib baik orang Kelantan memang ramai di negeri-negeri lain, maka itu tidak ada masalah untuk himpunan HGK ini mendapat sambutan besar-besaran.

Bagaimanapun persoalannya, adakah keengganan Ahmad Yaakub menyokong HGK kerana pertemuannya dengan Najib Tun Razak baru-baru ini yang menyaksikan negeri Kelantan diberikan bantuan sebanyak RM 2 billion oleh kerajaan pusat?

Jika kenyataan itu benar, apa beza Ahmad Yaakub dengan pemakan rasuah?  Besar sangatkah RM 2 billion itu dibanding dengan perjuangan Pakatan Rakyat?

Kebimbangan sama telah mendapat perhatian dari majoriti penyokong Pakatan Rakyat di laman medial sosial seperti Facebook seperti dalam screenshot dibawah.


Ahmad Yaakub perlu ingat, jika kuasa rakyat boleh menumbangkan Perdana Menteri Malaysia di peringkat persekutuan, apa susah sangat ke kuasa rakyat yang sama nak tumbangkan Menteri Besar Kelantan?

Mudah sangat tu.

Jadi jangan Ahmad Yaakub lupa hakikat tersebut.  Kedudukannya di Kelantan boleh gugur pada bila-bila masa kalau Pakatan Rakyat mahu.  Aku rasa Nik Aziz yang uzur itupun boleh diberi peluang sekali lagi untuk menjadi Menteri Besar berbanding dengan Ahmad Yaakub.

Sekurang-kurangnya Nik Aziz tidak pernah berfikir banyak kali untuk menyokong semua himpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Pakatan Rakyat dengan ini menggesa Ahmad Yaakub memikir kembali keputusan tersebut.  Jika tidak, Pakatan Rakyat akan menyokong apa-apa rancangan yang dijalankan pihak-pihak berminat untuk menggulingkan Menteri Besar Kelantan.

No comments: