Thursday, December 26, 2013

Bertukar Tangankah Kerajaan Persekutuan 1 Januari Nanti?

Keengganan PAS menyokong Himpunan Turun (Himpunan Guling Kerajaan - HGK) seperti yang dinyatakan pimpinan parti tersebut seperti Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub dan Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) meletakkan harapan rakyat untuk melihat perubahan di peringkat persekutuan berlaku pada 1 Januari 2014 nanti, berada dalam bahaya.

Himpunan yang pada awalnya dijangka tidak akan mendapat sambutan itu, kini berada pada fasa baru berikutan publisiti meluas yang diberikan media arus perdana, lanjutan dari beratus laporan polis yang dibuat pelbagai pihak yang membantah penganjuran himpunan tersebut.

Anehnya, pada waktu inilah PAS nak menarik balik sokongan - pada waktu himpunan tersebut berada di landasan yang betul untuk berjaya.


Dalam masa yang sama, sokongan moral Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) melalui bantuan guaman yang disediakan kepada Pengerusi TURUN, Muhammad Azizan Safar yang ditahan polis kerana tuduhan menghasut, menimbulkan teka teki.

Kalau PAS Pusat telah menyatakan tidak menyokong HGK, kenapa pula Dewan Pemudanya membantu Azizan, dimana Azizan adalah tenaga penting di belakang penganjuran HGK?

Tindakan bercanggah ini sangat memeningkan kepala penyokong Pakatan Rakyat dari parti-parti komponen yang lain.  

Sokongan PAS di dalam himpunan pada skala ini sangat penting kerana walaupun mempunyai jumlah kerusi parlimen dan DUN yang paling corot di kalangan 3 parti komponen Pakatan Rakyat yang lain, tapi PAS mempunyai gerak kerja akar umbi yang tiada tandingannya.

Berbanding dengan DAP dan PKR, dimana penyokong kedua parti tersebut tidak begitu gemar menyertai himpunan pada skala ini kerana bimbangkan keselamatan masing-masing dari tindakan balas oleh pihak berkuasa.

Maka itu Pakatan Rakyat berharap PAS boleh mengkaji semula keputusan untuk tidak menyokong HGK.  Masa depan PAS di dalam Pakatan Rakyat mungkin berada dalam bahaya jika kerajaan persekutuan masih tidak bertukar tangan pada 1 Januari nanti.

Jika itu berlaku, PAS yang akan paling rugi, bukan PKR atau DAP.  Tanpa Pakatan Rakyat, PAS hanya jadi parti kampung dimana sokongan terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.

No comments: