Banyak pihak mempersoalkan kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir ke majlis pengebumian Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib semalam, sedangkan menurut mereka Anwar boleh hadir ke majlis pengebumian Teoh Beng Hock beberapa tahun lepas.
Ketika bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abd Razak meninggal dunia pun Anwar tidak dapat menghadirkan diri.
Aku nak menjelaskan disini bahawa kehadiran Anwar ke majlis pengebumian tersebut tidak penting. Sebagai orang Islam, Anwar boleh menghantar doa sahaja kepada si mati tanpa beliau sendiri perlu berada disitu.
Berbeza halnya dengan kematian Teoh Beng Hock.
Teoh Beng Hock bukan seorang Islam dan doa Anwar tidak akan sampai kepadanya. Maka itu Anwar perlu hadir ke Majlis pengebumian Teoh Beng Hock bagi menunjukkan rasa simpati kepada keluarga mendiang berbanding dengan Azizan dan Harun cukup sekadar doa.
Lagipun, mayat orang bukan Islam tidak perlu segera dikebumikan seperti orang Islam. Keadaan ini memberi masa kepada Anwar untuk merancang jadualnya agar tidak bertindih dengan urusan-urusan lain, sesuai dengan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Pembangkang.
Sedangkan dalam kes arwah Harun Taib, jenazah perlu dikebumikan segera dan ini sudah tentu menyukarkan Anwar untuk hadir ke majlis pengebumiannya.
Pendek kata, ketiadaan Anwar tidak langsung ada kena mengena dengan hubungan baik antara 2 pemimpin tersebut yang pernah keruh akibat perbezaan pendapat berkaitan dengan isu kalimah Allah.
Arwah Harun Taib diketahui menentang keras usaha Anwar untuk menyatukan Pakatan Rakyat dalam isu tersebut dan sehingga ke saat akhir hidupnya, arwah tidak pernah meminta maaf kepada Anwar kerana isu itu.
Tidak mengapalah, aku yakin sebagai pemimpin berjiwa besar, Anwar sudah pasti memaafkan arwah dan menghantar doa supaya arwah ditempatkan di kalangan orang yang baik-baik.
No comments:
Post a Comment