Agak memalukan bila seorang guru Cina yang dikaitkan dengan dakwaan me'lembu'kan dua orang pelajar Melayu di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina di Sungkai Perak, diarahkan untuk berpindah serta merta dan diberikan surat amaran kerana dakwaan tersebut.
Dimanakah keadilannya untuk guru muda terbabit?
Walaupun mungkin ada pengakuan dari guru tersebut sehingga hukuman berat itu dikenakan, tapi pengakuan itu tidak sah sehingga diadili oleh panel bebas yang dilantik Kementerian Pendidikan seperti mana yang termaktub di dalam Perintah Am untuk kakitangan awam.
Hukuman seperti ini juga melanggar prinsip Natural Justice yang antara lain menyebut, no man should be condemned unheard.
Pakatan Rakyat melihat tindakan Kementerian Pendidikan ini satu penganiayaan kepada guru berkenaan, terutama apabila niatnya semata-mata untuk mendisplinkan pelajar berkenaan (walaupun caranya mungkin agak ekstrem).
Lagipun, 'lembu' sememangnya makan rumput dan dipakaikan loceng, apa yang salah?
Sehubungan dengan itu Pakatan Rakyat dengan ini mendesak Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Khair bin Mohamad memberi penjelasan kenapa guru terbabit dihukum tanpa diberi peluang untuk membela diri?
Jika gagal, seharusnya Dr. Khair meletakkan jawatan sahaja dan memberi laluan kepada orang lain untuk memikul tanggungjawab tersebut.
Sementara itu, Pakatan Rakyat juga telah menawarkan 2 bentuk bantuan kepada guru terbabit. Pertama, Pakatan Rakyat akan bekerjasama dengan Kesatuan Perkhidmatan Guru Kebangsaan (NUTP) untuk membawa isu di peringkat Kementerian.
Kedua, Pakatan Rakyat akan membawa masalah tersebut ke Mahkamah untuk mencabar keputusan Ketua Pengarah Pendidikan dalam hal ini sehingga ke tahap guru terbabit ditukarkan semula ke Sungkai dan mengajar di sekolah yang sama.
Pakatan Rakyat juga akan bekerjasama dengan pihak SUHAKAM dan NGO hak asasi manusia lain di Malaysia bagi mengenakan tekanan ke atas kerajaan supaya hukuman ke atas guru terbabit di tarik balik.
Ini sahaja caranya nak mengajar 'lembu-lembu' ini semua.
No comments:
Post a Comment