Friday, February 7, 2014

Anwar: Biar BN nak main isu apa, kita jangan

  • Anwar IbrahimAnwar Ibrahim
 1 / 1 
SHAH ALAM - Walaupun bukan orang baru dalam arena politik, nampaknya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memandang mudah penyertaannya dalam PRK Dun Kajang, 23 Mac depan.

Meski bersyukur punya sokongan ramai, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, beliau perlu turun ke bawah bertemu masyarakat Kajang kerana kali ini beliau turun ke sana sebagai 'calon'.

"Ada macam Penanti dahulu, BN taja calon bebas, ada pernah berlaku dia tak letak calon.


"Sebab sekarang ini, dia nak jimat belanja dan masa yang nak tumpukan kerja untuk membangunkan negara, okaylah.

"Tapi saya tak pandang mudah dalam pilihan raya. Pengalaman saya dalam politik, saya bersyukur ada sokongan tapi saya tak pernah ambil ini sebagai kesempatan," katanya dalam  wawancara ekslusif bersama Sinar Harian, semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini diumumkan sebagai calon PR di Dun Kajang, sehari selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh melepaskan jawatan.

BN pula setakat ini belum mengumumkan calonnya untuk menyayingi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Mengulas lanjut berhubung persiapan di PRK Dun Kajang, Anwar turut mengingatkan pimpinan dan jentera PR supaya tidak mudah terpedaya dengan helah politik BN.

"Saya sudah pesan kepada Tan Sri Abdul Khalid, Dr Hatta dan sebagainya, supaya kita jangan terheret dengan BN-Umno.

"Biar mereka nak mainkan isu apa pun, rakyat yang akan menilai.

"Kita tak akan menang dengan cara itu, diaibkan itu," katanya.

No comments: