Friday, February 7, 2014

Lawak Satay & Penjara, Sepahtu Jelas Hina Anwar!!

Beberapa pihak memaklumkan kepada aku sebentar tadi bahawa kumpulan lawak yang agak terkenal, Sepahtu yang sedang bersaing dalam satu pertandingan lawak jenaka tempatan, menggunakan tema satay dan penjara dalam lawak mereka - tindakan yang dilihat cubaan menghina Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang kita tahu sedang mengintai peluang bertanding di Kajang (terkenal dengan satay) dalam pilihanraya kecil yang diadakan bulan depan dan dalam masa yang sama, turut berhadapan risiko dipenjarakan sekirannya rayuan mengenai pembebasannya dalam satu kes liwat pada 2012, ditolak Mahkamah Rayuan.

Kebetulan, jentera propaganda UMNO/BN sedang hebat menggasak Anwar dengan menggunakan imej satay ini dan mendakwa Anwar mabuk kuasa sehingga nak menjadi Menteri Besar dan ADUN di Selangor setelah gagal dalam usaha menjadi Perdana Menteri dalam PRU13 yang lepas.


Antara Poster Mengaitkan Anwar Dgn Satay
Dari mata kasar, nampak jelas dakwaan itu ada kebenaran dan dengan ini aku meminta semua penyokong Pakatan Rakyat yang mungkin sedang menonton rancangan tersebut agar tidak mengundi kumpulan lawak bodoh ini kerana jelas mereka kurang ajar dengan Anwar.

Kita tidak perlukan satira-satira bodoh macam ini untuk menafikan kemenangan Anwar di Kajang kerana seperti yang dijelaskan lebih awal, tidak ada kuasa yang mampu menghalang kemenangan itu dan seterusnya perlantikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor.

Biar kumpulan itu kalah dan dalam masa yang sama boleh menjadi pengajaran kepada pelawak-pelawak lain di Malaysia ini agar tidak mengikut jejak langkah yang sama.

Aku yakin, semua penyokong Pakatan Rakyat yang menonton rancangan tersebut dan membaca artikel ini, bersetuju dengan aku.

Singkirkan kumpulan Sepahtu!!

No comments: