KUALA TERENGGANU – Perpaduan di peringkat dalaman MCA dan parti komponen BN yang lain boleh menipiskan harapan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menang di Kajang.
Ketua Pemuda Umno Terengganu, Johari Abu Bakar berkata, inilah medan terbaik MCA untuk membuktikan krisis dalaman yang melanda parti itu pulih sepenuhnya.
Menurutnya, perpaduan kukuh di peringkat MCA sudah tentu akan membantu menguatkan kedudukan BN di kerusi terlibat, di samping hubungan baik dengan parti komponen BN yang lain.

“MCA kena tonjolkan diri bahawa krisis yang melanda parti itu sudah selesai, beri sokongan padu kepada rakan komponen termasuk Umno dan parti lain.
“Kita di pihak Umno memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada MCA dan akan menurunkan jentera sebaik mungkin kerana kita mahu rampas balik kerusi yang kalah pada PRU13. Inilah masanya Anwar Ibrahim juga tidak akan terfikir untuk menang dalam keadaan selesa,” katanya.
Dalam masa sama, kata Johari, BN perlu mengambil peluang sebaik mungkin berdasarkan krisis dalaman yang melanda pakatan pembangkang terutama PKR di Selangor yang kini berhadapan dengan isu air.
Menurutnya, tambahan pula Pas tidak sependapat antara satu sama lain apabila masih kedengaran suara yang mahu memboikot PRK itu walaupun ada berpendirian sebaliknya.
Dalam perkembangan terbaharu, Pemuda Umno Terengganu sedang menunggu arahan Pemuda Umno Pusat dan Badan Perhubungan Umno Terengganu bagi memastikan kelancaran gerak kerja sepanjang berada di Dun Kajang.
“Kita akan menurunkan jentera Pemuda Umno Terengganu secara berperingkat dengan anggaran 40 orang untuk setiap bahagian selepas penamaan calon sehinggalah hari pengundian.
"Buat masa ini kita belum tahu di mana tempat akan dipertanggungjawabkan kepada Umno Terengganu,” katanya.