Thursday, March 6, 2014

Setelah Hentam Anwar, Wajarkah Khalid Dikekalkan Sebagai Pengarah PRK Kajang?


Khalid Ibrahim (tanpa gelaran Tan Sri) malam tadi menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rancangan Soal Jawab di TV3 kerana cuba menghalang memorandum persefahaman untuk menyelesaikan masalah air di Selangor dari di tandatangani.

Bagaimanapun, Khalid enggan mendedahkan kenapa Anwar mahu perjanjian tersebut ditangguhkan terlebih dahulu kerana kononnya sekatan masa yang ditetapkan untuk dia dalam rancangan tersebut.

Dalam masa yang sama, Majlis Presiden Pakatan Rakyat juga semalam mendesak Khalid agar tidak terburu-buru untuk menandatangani perjanjian air dengan kerajaan persekutuan kerana perkara tersebut perlu mendapat kelulusan Pakatan Rakyat sebelum boleh dilaksanakan.


Apapun, persoalannya sekarang, setelah Khalid menggunakan platform musuh (TV3) untuk menghentam Anwar, adakah dia masih lagi layak mengetuai jentera kempen untuk Anwar di Kajang, atau sudah sepatutnya dia digantikan dengan orang lain?

Rasa akulah, berdasarkan keadaan sekarang, Khalid perlu digantikan dengan segera.

Kenapa Khalid perlu digantikan ialah sebab dia tidak bercakap benar tentang kisah sebenar disebalik keputusannya untuk menandatangani perjanjian air dengan kerajaan persekutuan.  Aku difahamkan, Khalid ada kepentingan peribadi kenapa dia mahu perjanjian itu ditandatangani segera.

Sebaliknya, Khalid cuba memberikan alasan kerajaan pusat lambat memaklumkan tentang persetujuan perjanjian tersebut sehingga dia tidak sempat nak memaklumkan kepada sesiapa.

Alasan ini sangat tidak masuk akal kerana soal kerajaan pusat maklum lewat atau tidak bukan isu, Khalid pada bila-bila masa boleh tolak jemputan tersebut kerana nak mendapatkan persetujuan Majlis Presiden Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

Khalid mungkin tidak sedar bahawa walaupun dia adalah Menteri Besar Selangor, tapi semua keputusan yang dibuat atas kapasiti tersebut perlulah mendapat kebenaran parti terlebih dahulu.  Khalid tidak ada jawatan politik pun untuk berinya kuasa membuat keputusan sebesar ini.

Maka itu, Speaker Selangor, Hannah Yeoh perlu memanggil segera sidang khas DUN supaya usul memecat Khalid dari jawatan Menteri Besar dapat dilakukan.

Pakatan Rakyat dalam mesyuarat yang sama malam tadi sudah memberi restu kepada Hannah Yeoh untuk berbuat demikian dan menyerahkan sepenuhnya kepada beliau untuk menentukan bila sidang akan dipanggil dan usul berkenaan boleh dibentang.