Ura-ura mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak jadi bertanding dalam pilihanraya kecil Kajang yang akan datang ini, telah mula kedengaran sejak beberapa hari yang lepas lagi.
Ini berikutan berlakunya beberapa perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri, terutama setelah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim membenarkan projek Langat 2 diteruskan pembinaannya dan Selangor menandatangani MoU dengan kerajaan pusat untuk penstrukturan semula air.
Bagi yang belum maklum, Langat 2 dan penstrukturan air di Selangor adalah senjata terakhir kerajaan Selangor untuk menekan kerajaan pusat kerana ia turut melibatkan pembekalan air di kawasan Lembah Klang dan Putrajaya.
Tapi bila Khalid, secara bersendirian memberi kebenaran untuk Langat 2 diteruskan, maka kerajaan Selangor sudah hilang kelebihan yang selama ini kita kawal.
Jika MoU itu tidak ditandatangani tempoh hari, kerajaan Selangor akan sentiasa ada senjata untuk menekan kerajaan pusat pada bila-bila masa yang dimahukannya kerana kerajaan pusat sudah tentu tidak mahu bekalan air di Putrajaya dan Kuala Lumpur terganggu.
Hujan yang turun buat hari ketiga-tiga berturut-turut di Selangor sejak Sabtu lepas (sebaik Langat 2 diteruskan dan MoU air ditandatangani), menunjukkan ketiadaan hujan di Selangor sejak beberapa minggu lepas adalah kerana sabotaj kerajaan persekutuan.
Bagaimana dan macam mana itu aku tak tahu, tapi aku yakin merekalah puncanya kenapa Selangor dilanda kemarau sehingga Khalid panik dan tanpa mendapat persetujuan pimpinan Pakatan Rakyat terlebih dahulu, menandatangani perjanjian penstrukturan semula air di Selangor dengan kerajan pusat.
Inilah yang akan menyukarkan Anwar nanti sehingga beliau memberi bayangan untuk tidak meneruskan pencalonannya di Kajang.
Tujuan Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor jelas. Selain menyelesaikan perbalahan antara Azmin Ali dan Khalid, beliau juga mahu menggunakan kelebihan Selangor dalam isu air ini untuk menekan kerajaan pusat, terutama dalam kes rayuan kes liwatnya di Mahkamah.
Dengan keadaan sekarang, nampaknya tidak banyak yang boleh dilakukan Anwar dan apa lagi cara terbaik melainkan tidak meneruskan pencalonan di Kajang,