PETALING JAYA - PKR menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat bersikap lepas tangan terhadap krisis air yang melanda negeri itu.
Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli masalah air yang dihadapi rakyat negeri itu tidak dapat diselesaikan jika penstrukturan semula industri bekalan air Selangor tidak dilakukan.
Namun tujuan itu tidak dicapai ekoran keengganan pemegang konsesi air menerima tawaran Selangor.

"Kalau ikut data yang ditunjukkan dan beberapa kaedah yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Selangor sendiri, (Selangor) tidak perlukan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) untuk menampung permintaan air di Selangor.
"Sebab itu masalah air perlu ada penstrukturan semula. Untuk struktur semula, kita perlu dapatkan keempat-empat syarikat konsesi. Kerajaan negeri tak boleh buat banyak selagi syarikat konsesi itu tidak tandatangan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Dalam pada itu menjawab pertanyaan media, beliau menegaskan bahawa Selangor telah cuba melakukan sesuatu untuk menangani krisis air di negeri itu.
"Kalau anda kata kami tak buat sesuatu, itu tak benar. Kami sedang cuba melakukan sesuatu tapi tak...bukan macam pergi pacak batang paip di mana-mana.
"Pendirian Selangor seperti yang kami tahu ialah sumber air yang ada kalau boleh dioptimumkan kapasiti sedia ada dan dikurangkan air bukan hasil, maka itu mencukupi untuk menampung permintaan dan juga keperluan negeri Selangor," katanya.
Penggunaan air di Selangor terpaksa dicatu mengikut jadual yang telah dikeluarkan minggu lalu.