Agak mengejutkan kerana sumber dari dalam pusat penjumlahan undi di Bangi menyebut, Datin Seri Wan Azizah Ismail sedang mendahului dengan kelebihan 620 undi berbanding calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Ini berbeza dengan bacaan polling agent Pakatan Rakyat yang menganggarkan Wan Azizah berpeluang cerah untuk menang dengan majoriti 5,000 undi petang tadi.
Bagaimanapun, lebih membimbangkan, jumlah tersebut (620 undi) belum dicampur dengan undi awal oleh anggota polis/tentera dan pasangan masing-masing pada 19 Mac lepas - yang mana mengikut tradisi, Pakatan Rakyat tidak pernah menang dalam pengundian awal.
Kira-kira kasar, kalau proses pengundian awal memihak BN sama seperti PRU13 yang lepas, BN akan berpeluang untuk menang dengan majoriti tipis 300 undi di Kajang.
Punca yang membawa kepada keadaan ini adalah peratus keluar mengundi orang Cina yang begitu merosot, hanya 70% berbanding 90% pada 2013.
Semalam dan pagi tadi pun aku dah meramalkan memang ada sabotaj, melihat kepada beberapa perkembangan membimbangkan seperti Najib turun ke Kajang malam tadi dan hari ini. Ramai mungkin tidak tahu, tapi Najib berada di Taman Saujana Impian sepanjang hari memantau proses pengundian.
Apa sekalipun, kita sama-sama tunggu keputusan akhir yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya malam ini.
Jika perkara ini benar (Wan Azizah kalah), aku yakin akan ada sesuatu yang besar berlaku di Kajang malam ini.