5.05 PM - Pengiraan undi berjalan di sebahagian pusat mengundi yang telah ditutup. Berdasarkan kiraan di beberapa pusat mengundi yang ditutup awal, PKR jauh mendahului BN dengan perbezaan 2,390 undi.
5.00 PM - Semua 15 pusat mengundi telah ditutup tepat jam 5. Pengiraan bagaimanapun telah bermula di beberapa pusat mengundi yang tidak menerima kehadiran pengundi sejak jam 3 petang.
4.30 PM - Kekacauan yang didakwa dilakukan SAMM di sebuah gerai makan tidak ada kena mengena dengan Pakatan Rakyat. Kalau peniaga berkenaan tak puas hati, lapor pada polis.
4.00 PM - BN makin cemas bila semakin ramai pengundi cina keluar mengundi. MCA hilang arah bila 1,800 pengundi putih mereka masih gagal dikesan di saat-saat akhir sebelum pusat pengundian ditutup.
3.00 PM - Walaupun proses pengundian masih ada 2 jam lagi, laporan tidak rasmi dari semua polling agent Pakatan Rakyat di 15 pusat mengundi DUN Kajang telah mengesahkan bahawa Datin Seri Wan Azizah Ismail telah menang dengan majoriti 5,000 undi.
Angka ini memang menunjukkan sedikit penurunan berbanding PRU13, tapi masih ada harapan majoriti ini akan bertambah secara mendadak.
Pada yang tidak keluar mengundi, tidak perlu tergesa-gesa kerana kita telah mendahului dengan selesa.
Laporan dari ejen-ejen pusat pengundi agak membimbangkan Pakatan Rakyat kerana pengundi cina yang keluar mengundi menyokong calon BN, dianggarkan naik mendadak.
Setakat jam 1 tengah hari tadi, dari 5,085 pengundi Cina yang telah keluar mengundi setakat ini, 1,154 orang dikesan mengundi calon BN sementara bakinya tidak menunjukkan sebarang respon sama ada mengundi calon PKR atau tidak.
Justeru, Pakatan Rakyat telah mengerahkan jentera parti supaya berkumpul di daerah mengundi Sungai Chua dan menimbulkan provokasi disitu bagi menakut-nakutkan pengundi agar tidak mengundi calon BN.
Selain menghalau keluar peraih dan perayu undi MCA/Gerakan dari terus meracuni pemikiran pengundi cina dengan janji-janji palsu - antaranya Najib telah berjanji untuk memberikan 5 jawatan Menteri kepada kaum cina jika BN menang di Kajang.
Ini terpaksa dilakukan kerana pengundi cina biasanya bergantung kepada sentimen saat-saat akhir untuk membuat pilihan calon mana yang akan mereka pilih.
Dari sumber yang sama juga, setakat jam 12 tengah hari tadi, hanya 32% pengundi cina yang telah menunaikan tanggungjawab masing-masing. DAP sedang berusaha keras untuk membawa keluar baki pengundi yang masih belum keluar mengundi.
Tumpuan sekarang memang terarah kepada pengundi cina berikutan laporan ada usaha untuk mensabotaj Pakatan Rakyat atas nama menambah wakil pembangkang cina dalam DUN Selangor seperti yang aku tulis malam tadi.