Satu laman di Facebook hari ini memaparkan sekeping gambar yang menunjukkan bahawa calon PKR bagi pilihanraya Kajang, Datin Seri Wan Azizah Ismail sedang menghadiri upacara Selawat Perdana yang diadakan di Putrajaya kelmarin.
Mengikut maklumat, setakat ini gambar itu sudah dilihat oleh lebih 150,000 kali - tidak sampai 12 jam sejak mula tersebar malam tadi.
Sumber dari ibu pejabat PKR di Tropicana bagaimanapun mengesahkan bahawa gambar tersebut adalah palsu - sama ada diambil ketika Wan Azizah sedang menghadiri upacara lain yang memerlukan beliau berselubung ataupun telah diubah suai pada bahagian muka.
Wan Azizah (menurut sumber yang sama juga) tidak mungkin menghadiri upacara sia-sia tersebut yang diadakan pada waktu yang sama majlis pelancaran Reformasi 2.0 sedang diadakan di Stadium Kajang.
Logiknya bagaimana Wan Azizah boleh berada di dua tempat pada waktu yang sama? Tidak masuk akal sama sekali, Wan Azizah bukan ada bela hantu raya.
Maka itu, siapa yang percaya gambar itu gambar asli, adalah sebodoh-bodoh manusia, 9,000 lebih manusia yang like gambar itu pun adalah bodoh-bodoh belaka.
Lagipun diketahui publisiti seperti itu memang bahaya kepada imej Wan Azizah, terutama di kalangan pengundi-pengundi cina di Kajang.
Wan Azizah sudah bertudung pun cukup bagus, tak perlulah nak berselubung dengan kain putih seperti itu, apatah lagi menghadiri upacara sia-sia seperti Selawat Perdana di Putrajaya kelmarin.