Perlantikan Ezam Mohd Nor sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan oleh Najib Tun Razak berkuatkuasa pada 15 Mac lepas sebetulnya adalah satu 'ganjaran' atas kerjasama yang diberikan Ezam sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana dakwaan melihar Saful Bukhari secara paksa.
Mungkin ramai tidak tahu atau terlupa bahawa antara tempoh 26 Jun 2008 (tarikh Saiful mendakwa diliwat) hingga 28 Jun 2008 (tarikh laporan polis dibuat), Saiful ada berjumpa dengan Ezam, kononnya nak mengadu masalah.
Apa pun masalah yang diadukan Saiful ke atas Ezam atau apa yang dicakapkan Ezam kepada Saiful, telah mendorong laporan polis pada 28 Jun 2008 itu dibuat sehingga Anwar dipenjarakan pada 7 Mac yang lepas
Inilah yang menjadikan Ezam begitu mahal dimata Najib. Hampir serta merta selepas itu, Ezam dilantik sebagai Senator Dewan Negara dan setelah tempoh 2 penggalnya tamat, Ezam diberikan jawatan sebagai Pengarah Komunikasi di pejabat Najib di Kementerian Kewangan setelah Anwar berjaya dipenjarakan.
Dalam pemilihan UMNO tahun lepas, Ezam berjaya menang jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Raja tanpa bertanding, dipercayai atas pengaruh Najib.
Isunya sekarang, mampukah Ezam menggalas tanggungjawab besar tersebut setelah perlantikkannya sekarang hanyalah sebagai membalas bukti atas jasanya memenjarakan Anwar, bukan kerana kebolehannya dalam bidang kewangan.
Tak payah Anwar, aku rasa Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli seorang pun boleh gulaikan Ezam dengan mudah, walaupun mungkin pada waktu Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dulu, Ezam pernah menggalas tanggungjawab yang sama.
Rafizi, seperti yang kita semua sedia maklum adalah seorang yang terlatih dalam bidang kewangan, mempunyai kelayakan professional sebagai akauntan bertauliah di Malaysia dan UK serta berpengalaman luas dalam pengurusan wang rakyat kerana pernah menjawat jawatan Ketua Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan Pengarah Kewangan PKR.
Maka tidak hairanlah kenapa dari maklumat yang aku terima menyatakan, PKR telah meletakkan Rafizi pada satu kedudukan dimaan beliau akan memantau pretasi Ezam sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan.
Rafizi akan membangkitkan persoalan-persoalan penting mengenai kewangan negara untuk dijawab Ezam sehinggakan bekas Ketua AMK pertama itu merasakan dia bukan saja tidak layak menduduki jawatan tersebut, malah tidak layak untuk menjadi manusia pun!!
Sampai macam itu sekali.