Thursday, June 26, 2014

Pakatan Rakyat Tolak ISIL, Sokong Kerajaan Syiah Iran


Banyak pihak meminta Pakatan Rakyat untuk menamakan pihak mana yang patut disokong dalam konflik bersenjata yang sedang meletus antara pasukan militan ISIL dengan kerajaan Iraq serta Syria.

Permintaan ini datang setelah Najib Tun Razak digambarkan oleh portal berita seperti Malaysiakini sebagai menyokong perjuangan ISIL walaupun Najib hanya menyentuh tentang semangat perjuangan pertubuhan tersebut sahaja.

Selain itu, pandangan Pakatan Rakyat turut penting setelah penglibatan rakyat Malaysia sebagai sukarelawan dalam konflik ini disahkan, termasuk seorang yang terbunuh ketika meletupkan diri di hadapan ibu pejabat polis Iraq yang membunuh 25 anggota SWAT pasukan tersebut pada 26 Mei lepas.

Untuk menjawab persoalan tersebut, Pakatan Rakyat ingin mengumumkan disini bahawa kita akan menyokong kerajaan Syiah di Iran dan tidak sama sekali menyokong perjuangan militan ISIL walaupun mereka berfahaman Sunni yang menjadi ikutan majoriti orang Islam di Malaysia.

Ini setelah, PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam soal ini membuat ketetapan itu kerana berasakan menyokong Syiah Iran adalah jauh lebih selamat berbanding dengan menyokong puak Sunni yang menjadi tulang belakang ISIL.

Keganasan yang dicetuskan ISIL, antaranya mengadakan undang-undang hudud di Iraq dan membunuh anggota tentera negara itu, boleh menyebabkan orang bukan Islam berpusu-pusu melarikan diri keluar dari Pakatan Rakyat kalau kita memutuskan untuk menyokong mereka.

Pendekatan meletupkan diri untuk membunuh pasukan lawan juga menjadi antara sebab Pakatan Rakyat menolak ISIL dan memilih untuk memberikan sokongan kepada puak Syiah di kawasan bergolak yang disebutkan di atas.

Lagipun syiah menjadi pilihan kerana PAS sendiri sudah lama mengamalkan syiah termasuk mewujudkan elemen Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi parti itu (disebalik kewujudan jawatan Presiden), yang ditiru dari konsep pentadbiran hampir sama di Iran.

Beberapa pemimpin utama PAS seperti Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu juga sering kali dikaitkan dengan fahaman syiah walaupun beberapa kali bertegas menafikan perkara tersebut.

Semua ini bagaimanapun sudah cukup untuk mewajarkan tindakan Pakatan Rakyat menyokong perjuangan Syiah di Iran.