Thursday, June 26, 2014

Abai OKU: Wanita Sabah Tidak Layak Jadi Ibu & Isteri?


Beberapa pemimpin BN Sabah dipetik sebagai kesal dengan kejadian pengabaian seorang remaja OKU di Nilai Negeri Sembilan yang didakwa dilakukan oleh ibunya, dikenali sebagai Imashima Lola yang berasal dari Sabah seperti dilaporkan secara meluas pada Sabtu lepas.

Memandangkan kes itu yang pertama seumpamanya di Malaysia, ia seolah-olah memberi gambaran bahawa semua wanita Sabah kejam dan tidak layak untuk menjadi ibu dan isteri yang baik.

Pakatan Rakyat membantah pandangan seperti itu siasatan polis terhadap kes berkenaan masih berjalan.  Sehingga kes Mahkamah selesai, tidak ada siapa yang boleh menuduh ibu remaja berkenaan sebagai kejam dan sebagainya, apatah lagi mengaitkan wanita Sabah dengan kejadian itu.

Lagipun dalam kes ini, remaja itu sudah disahkan menghidap penyakit kecacatan otak Cerebral Palsy yang menjejaskan pergerakan serta keupayaan bertindak dan membuat keputusan seperti mana orang biasa yang lain.

Keadaan penyakitnya itu boleh memberi gambaran bahawa keadaannya yang kurus kering semasa dijumpai oleh Imigresen yang menyangka rumah itu didiami oleh pendatang asing, adalah disebabkan oleh dirinya sendiri.

Ibunya mungkin telah meninggalkan makanan, tapi kerana penyakitnya, dia mungkin tidak boleh membuat keputusan yang betul sehingga dilaporkan remaja itu berkemungkinan memakan najisnya sendiri!!

Sebab itu badannya jadi macam itu kerana kurang khasiat, bukan sebab ibunya tidak beri makan.

Oleh yang demikian semua yang pernah berkata demikian - menuduh ibu remaja berkenaan yang berasal dari Sabah sebagai zalim, haruslah meminta maaf, menarik balik kenyataan atau bersedia menghadapi tindakan undang-undang.