Tuesday, August 12, 2014

Calon Melayu DAP Sambut Pesta Hantu Lapar Boleh Bertaubat, Jangan Kutuk


Itulah kata seorang pemimpin PAS kepada aku dalam mengulas kontroversi calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Daud yang dilihat meraikan pesta hantu lapar di satu lokasi baru-baru ini.

Menurutnya, jika perbuatan itu salah dan berdosa sehingga jatuh murtad (keluar dari Islam), Dyana boleh bertaubat dan masuk semula dalam Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah tidak ada masalah.

Tidak perlu sampai ke tahap  mengecam beliau sebagai tidak beragama dan sebagainya.

Seperkara lagi, kata Ustaz berkenaan, jika pun benar perbuatan Dyana itu salah, kenapa tidak ada siapa yang melaporkan perbuatan tersebut kepada Jabatan Agama dimana kesalahan itu dilakukan?  Setakat cakap, siapa pun boleh.

Dalam hal ini, Dyana tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana ia mungkin akibat kurang didikan agama oleh ibu bapanya.  Ibu Dyana, Yammy Samat ialah ahli UMNO, parti yang kurang menitik beratkan aspek agama kepada ahli-ahlinya.

Yammy juga dikenal pasti sebagai punca utama yang menyebabkan kekalahan Dyana dalam kempen PRK tersebut berikutan penglibatannya dalam UMNO dan Perkasa sebelum ini telah menghakis kepercayaan pengundi cina terhadap DAP.

Dia mungkin tidak menyuruh Dyana menyertai upacara tersebut, tapi kerana kurang beri kefahaman tentang apa yang boleh dan tak boleh dilakukan sebagai orang Islam, perkara seperti ini terjadi.

Maaf cakaplah, kenyataan ini mungkin nampak tak kena sedikit, tapi tak keterlaluan kalau aku kata dalam hal ini, UMNO pun ada terlibat juga kerana dasar parti itu yang tidak mengutamakan Islam telah menyebabkan generasi seperti ini terbentuk.

Yang pentingnya, ibu bapa Dyana juga harus memikul tanggungjawab atas tindakan yang dilakukan Dyana, tak bolehlah Dyana nak pikul semua tanggungjawab itu seorang diri kerana memberi didikan agama adalah tugas ibu bapa.

Pakatan Rakyat bagaimanapun mengambil maklum keterbukaan Dyana dalam hal ini dan yakin ia akan menjadi modal yang cukup ampuh untuk menarik semula sokongan pengundi PRK Teluk Intan atau mana-mana kerusi dimana Dyana akan dicalonkan nanti terhadap keupayaan beliau.


4 comments:

Anti PR said...

Apa kena mengena parti dgn agama? Sebelum ni yg dlm Pas tu asalnya didikan Pas ke? Pas hanya parti pandai komplin je. Tak nampak pun jasanya kpd masyarakat. Pemimpin Pas mengeluarkan dalil yg menguntungkan parti politiknya. Pas tu agama ke?

Anonymous said...

Yang ini bukan pesta hantu lapar
1) Sami, peganut Buddha, pesta hantu lapar untuk peganut Toaisme
2) kalau pesta hantu, mereka sembayang dengan makanan, bukan bunga. Saya ingat hantu lapar tak makan bunga :)
3) Saya berpendapat, gambar ini mungkin diambil untuk mengingati mangsa MH17/370, dan orang dengan niat buruk kena kantoi lagi

Anonymous said...

Apa jua yg berlaku ia menjadi tanggungjawab semua untuk membetulkan yg salah. Bukan komen tidak membina. UMNO dan PAS adalah parti politik bukan agama yg dianuti. Tidak ada satu pon yh mahu mengabaikan agama Islam. Sesiapa yg bercakap begitu tidak patut walau apa pon parti yg disokongnya. Begitu juga auratnya yg tidak tertutup. Ia tiada kaitan dgn parti politiknya. Ia berkaitan dengan amalnya sahaja.

Anonymous said...

Tak sangka blog ini banyak buat fitnah.lg cakap orang lain tidak titik beratkan agama.pikirkanlah kubur masing.