Friday, August 29, 2014

Nudism Adalah Sebahagian Dari Hak Asasi Manusia

Beberapa kejadian membabitkan rakyat Malaysia berbogel atau berpakaian separuh bogel di khalayak awam baru-baru ini membuktikan bahawa kita rakyat Malaysia sudah semakin terbuka dalam soal yang dahulunya menjadi 'taboo' di negara ini.

Kerajaan sendiri pun sedar dengan keadaan tersebut dan tidak hairanlah kenapa denda yang dikenakan untuk kesalahan berpakaian separuh bogel di khalayak ramai pun begitu rendah sekali, hanya RM 400 sahaja.

Cuma mereka yang berbogel sepenuhnya seperti di Teluk Bahang, Penang kelmarin sahaja yang dikenakan hukuman yang agak berat sikit, itupun hanya penjara selama 1 bulan dan denda yang tidak seberapa.

Dengan itu, tidak salah kalau sesiapa menafsirkan hukuman yang ringan dan denda yang rendah ini adalah satu galakan kerajaan untuk rakyatnya berbogel mengikut kesesuaian.

Sememangnya dalam dunia yang serba moden dan maju hari ini, rakyat Malaysia tidak seharusnya malu dengan anugerah yang mereka miliki.  Ada pendapat mengatakan, tidak ada keindahan yang lebih cantik, melainkan apa yang selama ini terselindung dari mata orang.

Begitupun, bukanlah aku menghasut agar semua orang patut berbogel atau berpakaian separuh bogel - itu terpulang kepada hak masing-masing.  

Cuma dari satu sudut, nak dijelaskan disini bahawa kesedaran yang nudism atau berbogel ini memang sebahagian dari hak asasi manusia - terpakai di seluruh dunia, perlu bercambah dalam diri setiap rakyat Malaysia mulai hari ini.


Terutama dalam kita bakal menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 57.

Piagam Hak Asasi Manusia yang ditaja PBB sebenarnya telah lama mengiktiraf berbogel sebagai satu cara untuk meluahkan perasaaan, hanya keseuaian untuk berbogel itu sahaja yang menjadi pertikaian beberapa negara.

Inilah hakikat yang akan disembunyikan oleh kerajaan Malaysia kerana bimbang semakin ramai yang akan membuka baju atas nama hak asasi manusia.  Maklum sahajalah, kerajaan Malaysia cukup fobia bila diajukan persoalan tentang hak asasi manusia ini memandangkan rekod buruk kita dalam soal ini.

Semua orang tahu itu.

No comments: