Friday, August 29, 2014

MB Selangor: Nepotisme Adalah Amalan Baik, Kronisme Tu Yang Jahat


Dalam soal Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan isterinya sendiri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor, ramai yang keliru dengan amalan nepotisme yang dikaitkan dengan pencalonan tersebut.

Kononnya tidak boleh seorang suami mencalonkan isterinya untuk jawatan setinggi dan sepenting Menteri Besar Selangor.

Hakikat yang ramai dari kita tidak tahu, nepotisme bukanlah sebenarnya amalan jahat, yang jahat tu ialah kronisme.  Nepotisme tidak salah kerana ia membabitkan saudara mara terdekat sedangkan kronisme membabitkan rakan-rakan yang tidak diketahui hujung pangkal macam mana.

Dalam banyak hal, yang merosakkan sesebuah organisasi atau kerajaan ialah amalan kronisme - bukan nepotisme.  Malah, kalau diikut beberapa contoh negara yang lebih maju di Malaysia, nepotisme terbukti membawa banyak kemajuan kepada negara tersebut.

Antaranya ialah negara-negara seperti Arab Saudi, Brunei, termasuk jiran terdekat, Singapura, semuanya mengamalkan nepotisme dalam penentuan ketua negara/kerajaan masing-masing.  Tidak ada masalah pun.

UMNO sendiri pun mengamalkan nepotisme.  Contohnya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad.  Najib sendiri pun adalah anak kepada bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak.

Walaupun bukan Mahathir mahupun Tun Razak yang mencalonkan anak mereka masing-masing ke jawatan sekarang seperti dalam soal Anwar mencalonkan Wan Azizah, tapi yang penting disini ialah, unsur-unsur nepotisme itu masih wujud.

Soal menutup peluang orang lain dari menjadi Menteri Besar Selangor juga tidak timbul kerana PKR memang parti yang ditubuhkan semata-mata untuk membela Anwar dan isterinya dilantik menjadi Presiden parti itu sejak 1999 sehingga sekarang.

Maka itu, Anwar dan Wan Azizah layak mendapat apa jua  manfaat dari kejayaan yang diperolehi PKR kerana kalau tidak kerana mereka, PKR hanyalah sebuah parti kecil yang tidak paling tidak berfungsi di negara ini.



2 comments:

1Crony said...

Sokong dengan pendapat ikhlas dan berfakta dari Admin.

Anonymous said...

Sama je..lepastu isteri boleh tolong luluskan projek..akan ada ciri rasuah