Friday, August 29, 2014

ISMA: Wan Azizah tidak layak untuk jadi Menteri Besar

wan azizah300
PETALING JAYA: Pendirian 13 ADUN PAS di Selangor yang tidak menandatangani akuan bersumpah untuk menyokong Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini telah kehilangan sokongan majoriti Melayu di negeri itu.

Menurut Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman dalam satu kenyataan di www.ismaweb.net, Anwar telah hilang sokongan majoriti Melayu di Selangor berikutan kegagalan Wan Azizah untuk mendapat mandat dari ADUN PAS

Katanya, baru-baru ini PAS telah mengesahkan baki 13 ADUN mereka tidak akan menandatangani surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Hanya dua ADUN PAS yang menandatangani SD ‎untuk menyokong Wan Azizah, iaitu ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin.
Semalam, PAS telah menyatakan bahawa mereka akan tetap dengan keputusan parti itu untuk menghantar lebih daripada satu nama untuk dicalonkan menjadi Menteri Besar Selangor walaupun diminta tidak berbuat demikian oleh Datuk Seri Anwar.
Jelas Abdullah Zaik, dalam krisis ini, Wan Azizah sememangnya tidak layak untuk menjadi Menteri Besar.
“Ini jelas terbukti apabila apabila beliau hanya mendapat sokongan bukan Melayu dan bukan mandat majoriti penduduk Melayu di Selangor,” katanya.

No comments: