Monday, September 29, 2014

Mangsa Buli: Pas Makin Tenggelam?

SHAH ALAM - Dengan pelbagai pergolakan yang berlaku terhadap Pas mutakhir ini, parti itu perlu mula berfikir untuk meneruskan perjuangan secara sendirian tanpa bantuan PR.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Samsu Adabi Mamat berpendapat, senario politik Pas hari ini semakin menenggelamkan parti itu apabila dilihat terus menjadi mangsa kepada dua rakan komponen mereka iaitu PKR dan DAP.

Menurutnya, Pas mempunyai kekuatan luar biasa dalam pentas politik negara, namun ia semakin rapuh apabila parti itu hanya mampu menerima dan bersetuju dengan setiap keputusan yang dibuat rakan PR.

Usah Politikkan Isu Kerusi Exco

SELAYANG - Segala krisis pentadbiran dalam Selangor selesai dan kini memberikan tumpuan untuk memulihkan kecacatan hubungan dalam PR. 
 
Ketua Penerangan Pas Selangor yang juga Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berkata, fokus parti itu kini adalah membuat kerja dan menjaga kebajikan rakyat.

Menurutnya, baki tiga tahun sebelum pilihan raya harus digunakan sebaiknya untuk menjalankan amanah yang diberi.

Exco Kesal Sikap Iszuree

GEORGETOWN - Tindakan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim yang berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah dan tuduhan terhadap kerajaan negeri amat dikesali.

​Exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan Iszuree terhadap kerajaan negeri berniat jahat dan tidak langsung mencerminkan perkara sebenar.

​Beliau berkata, tindakan diambil kerana beliau menfitnah kerajaan negeri PR yang diwakilinya sendiri dengan serangan melulu apabila menyamakan kerajaan PR dengan BN dalam meneruskan dasar pro-pemaju ​ketika menguruskan masalah setinggan.

DAP Will Regret Its Actions

KUALA LUMPUR: DAP will regret bullying PAS and the party will suffer in the end, said Nik Abduh Nik Aziz, son of PAS Spiritual Leader Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“If DAP continues to take PAS for granted, we may fight back one day and they will have a lot to lose.

“DAP will probably lose Chinese and Indians votes because the people want to see harmony, truthfulness and camaraderie,” he said.

UPP Happy With BN Plus Formula


SIBU: The United People’s Party (UPP) sees its place in the Sarawak Government assured under the Barisan Nasional (BN) Plus Formula after a meeting in Putrajaya last week with Home Minister Ahmad Zahid Hamidi.

Pro tem chairman of UPP Wong Soon Koh said in a statement that there were 40 party leaders with him when he met with the Home Minister.

According to him, it was a courtesy call to thank Zahid for registering UPP as a political party.

Get Rid This Duo

An Umno leader has told FMT that Prime Minister Najib Tun Razak would have to get rid of two problems in order to save Umno. The two problems are Umno Secretary-General Tengku Adnan Tengku Mansor and the party’s information chief, Ahmad Maslan.

The PM has to replace them with more suitable candidates if Barisan Nasional, in particular Umno, wants to stay in power after the next general election.

With these two people around, Anwar Ibrahim does not have to do much. Ku Nan and Ahmad are doing enough damage to Umno. They are behind time and do not understand that the mentality and psyche of the voters have changed.

Krisis Pakatan: Di Belakang Risiko Ada Peluang

PEMILIHAN Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali sebagai menteri besar baru Selangor, walaupun tidak pernah dicadangkan mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat kepada sultan, diharap dapat meredakan ketegangan politik negeri termaju yang berpanjangan begitu lama.

(Untuk rekod, mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 Ogos lalu mencadangkan dua nama, Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin. Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri mengusulkan nama tersebut dan diterima sebulat suara dalam mesyuarat berjalan penuh harmoni. Namun begitu, apa yang berlaku seterusnya tidak selicin yang diharapkan).

Proses untuk menggantikan Abd Khalid Ibrahim bukan saja tidak mudah, berliku-liku, juga menimbulkan korban yang besar. "Anwar Ibrahim sendiri boleh dianggap mangsa pertama Langkah Kajang jika dilihat penghakiman kes mahkamahnya. Dia menjadi seteru yang cukup digeruni Putrajaya jika bertakhta di Selangor," kata seorang pemerhati.

Saturday, September 27, 2014

Nik Nazmi Akui Galas Tugas Berat

  • Nik Nazmi Nik Ahmad
 1 / 1 
KLANG - Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pelantikan beliau sebagai Exco Kerajaan Selangor merupakan satu tanggungjawab berat.

Bagaimanapun, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) ini berkata, tanggungjawab itu akan digalas dengan sebaik mungkin.

“Tanggungjawab yang berat. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh menteri besar (Mohamed Azmin Ali) dan PKR. Harap dapat galas (tanggungjawab) sebaik mungkin,” katanya selepas majlis angkat sumpah bagi jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baharu, di Istana Alam Shah, semalam.

Phahrolrazi: 'Pas yang rugi, bukan Pasma'

  • Datuk Ir Phahrolrazi ZawawiDatuk Ir Phahrolrazi Zawawi
 1 / 1 
ALOR SETAR - Pemimpin Pas yang menghalang ahlinya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) disifatkan berfikiran sempit kerana badan bukan kerajaan (NGO)  itu  itu adalah platform menghimpunkan penyokong PR.

Malah kewujudan Pasma wajar dimanfaatkan untuk mendekati ahli akar umbi.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, sekiranya Pas tidak memanfaatkan kewujudan Pasma, parti itu akan berdepan kerugian.

Ubah Atau Jadi Bahan Lawak

anwar pakatan chinese
PETALING JAYA: Sudah tibanya Pakatan Rakyat (PR) membuat perubahan ekoran kekalahan PAS di Pengkalan Kubor dan dengan semakin sedikitnya Exco PAS dalam kerajaan Selangor.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yussof berkata PR sudah seperti hidup segan mati tidak mahu. Ini kerana masih adanya pemimpin yang cetek ilmu tolak ansur dalam politik.
“Semoga PRK Pengkalan Kubor memberi pengajaran kepada setiap pemimpin dalam PR untuk memperbaharui semula komitmen kerjasama mereka” katanya.

PAS Denies Agreeing to One Exco Seat Less

pas300
PETALING JAYA: PAS Selangor denied allegations it had agreed to having one Exco seat less in the Selangor Exco line-up.

PAS state secretary Mohd Khairuddin Othman also confirmed that PAS’ central leaders had never agreed to one less Exco seat either.
Mohd Khairuddin explained, ”PAS Selangor is of the opinion that dropping Dr Halimah Ali and Ustaz Sallehen Mukhyi, both of whom have served the state well, is completely without basis.”

Kelantan Losing Out From Ambiguities In Petroleum Act

Kelantan oil
PETALING JAYA: Oil and gas expert Anas Alam Faizli said ambiguities in the Petroleum Development Act of 1974 (PDA) must be sorted out, as different parties were interpreting it differently.

Speaking to FMT, Anas said, “There are now a host of different interpretations and ambiguities in relation to what documents can be applied to resolve the issue which is the main cause of concern. If this is not addressed there will be no end to this.
Anas said this in regard to Kelantan’s oil royalty dispute in which one party claimed there was no need for royalty payments to Kelantan.

Friday, September 26, 2014

Kalah Teruk Di P. Kubor Bukti PAS Lebih Hodoh Dari PKR


Awal-awal dulu, tak siapa sangka PAS boleh kalah teruk di DUN Pangkalan Kubor.  Kalah mungkin kalah, tapi kalah dengan majoriti lebih besar?  Tak ramai yang jangka tu.

Faham sajalah, Parlimen Tumpat PAS dimana DUN Pangkalan Kubor terletak adalah diwakili PAS, 3 dari 4 DUN dalam kawasan tersebut juga PAS menang, termasuk DUN Pasir Pekan dimana ADUNnya dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan.

Negeri Kelantan itu sendiri pun PAS yang perintah sejak 1990.

PRK P. Kubor: Nik Aziz Bukan Lagi Ikon Yang Popular

Kekalahan memalukan PAS di Pengkalan Kubor semalam, banyak disumbangkan oleh kebergantungan yang amat keterlaluan parti itu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Seolah-olahnya letak batang tubuh Nik Aziz disitu, separuh jentera kempen boleh goyang kaki. Pengundi tak payah ambil, tengah hari ada jentera kempen yang dah balik resort berehat dan sebagainya.

Ini yang silap.  Tak dinafikan Nik Aziz masih punya pengaruh, tapi pengaruhnya bukan kuat lagi macam dulu lagi dah.  Zaman berubah, Nik Aziz pun sudah tak berkuasa lagi, semua faktor inilah yang menjadikan Nik Aziz bukan lagi Nik Aziz yang sama masa mula-mula berkuasa di Kelantan.

Thursday, September 25, 2014

PRK Pengkalan Kubor - Perkembangan Terkini

Kesimpulan - PAS silap letak calon bodoh


20:14 - Tidak Rasmi BN Menang PRK Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih 2625 undi (aku malas update dah)

19:41 - BN Menang Undi Awal dan Undi Pos (Rasmi)

19:40 - PAS Menang di PDM Kg Tebing Majoriti 107 Undi

19:38 - Sumber tidak rasmi memaklumkan BN sedang mendahului 1800 undi, 3 kotak undi belum dikira

19:30 - Sumber yang layak dipercayai memberitahu BN sedang bersiap sedia meraikan kemenangan (kira undi pun tak habis lagi)

19:27 - BN Menang di PDM Kg Teluk Jering Majoriti 316 Undi

19:26 - BN Menang di PDM Tujoh Majoriti 111 Undi

19:25 - BN Menang di PDM Jubakar Darat Majoriti 677 Undi

19:23 - BN Menang di PDM Bunohan Majoriti 468 Undi

19:21 - BN Menang di PDM Telaga Bata Majoriti 115 Undi

19:20 - BN Menang di PDM Kg Bendang Pak Yong Majoriti 221 Undi

19:19 - BN Menang di PDM Pengkalan Kubor Majoriti 557 Undi

19:16 - BN Menang di PDM Kuala Ketil Majoriti 24 Undi