Friday, September 26, 2014

Kalah Teruk Di P. Kubor Bukti PAS Lebih Hodoh Dari PKR


Awal-awal dulu, tak siapa sangka PAS boleh kalah teruk di DUN Pangkalan Kubor.  Kalah mungkin kalah, tapi kalah dengan majoriti lebih besar?  Tak ramai yang jangka tu.

Faham sajalah, Parlimen Tumpat PAS dimana DUN Pangkalan Kubor terletak adalah diwakili PAS, 3 dari 4 DUN dalam kawasan tersebut juga PAS menang, termasuk DUN Pasir Pekan dimana ADUNnya dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan.

Negeri Kelantan itu sendiri pun PAS yang perintah sejak 1990.

Tapi bila PAS masih kalah, lebih teruk pulak kalahnya dari calon PKR Saharun Ibrahim yang diboikot penyokongnya sendiri dalam PRU13 lepas, maka itu menunjukkan bahawa PAS semakin 'haus' sokongan di Kelantan.

Aku harap PAS tidak menyalahkan PKR dan DAP yang tidak membantu PAS berkempen di Pengkalan Kubor.  Salahnya dari PAS sendiri sebab mengusutkan keadaan di Selangor sehingga Datuk Seri Wan Azizah Ismail gagal menjadi Menteri Besar seperti mana yang dirancang.

Walaupun penggantinya, Dato Menteri Besar Azmin Ali tidak kurang hebat, tapi kekecewaan sebahagian besar penyokong PKR dan DAP terhadap tindak tanduk PAS sepanjang kemelut itu berlangsung, tidak boleh dinafikan dan memberi kesan bukan sahaja di Selangor, tapi di seluruh negara - tak terkecuali Kelantan.

Aku tak terkejut kalau pengurangan lebih 1,000 undi yang diperolehi calon PAS dalam pengundian semalam adalah satu bentuk mesej yang dihantar pengundi PKR di Pengkalan Kubor terhadap PAS.

No comments: