Ada laporan mengatakan 12 buah bas penuh dengan warga Bangladesh dari Malaysia dilihat memasuki Singapura semalam. Dalam masa sama, 13 anggota komando Malaysia juga dilaporkan 'hilang' di Selat Melaka semalam.
Kononnya ketika menjalankan latihan. Komando boleh hilang? Macam tak masuk akal. Sama ada komando cap ayam atau sebab ada 'misi' rahsia lain? Ini yang nak cerita sangat ni.
Malam tadi pula tak semena-mena, tercetus rusuhan di Little India, Singapura yang ikut laporan awalnya disebabkan oleh warga Bangladesh dan pihak yang tidak dikenali sehingga menyebabkan seorang terbunuh, ramai yang cedera disamping kenderaan polis dan harta benda awam dirosakkan.
Tidak seperti Malaysia, rusuhan sangat jarang berlaku di Singapura kerana semua orang hidup dengan penuh kemewahan disamping suasana politik yang kondusif serta tidak memihak kepada mana-mana kaum. Pendek kata, tidak ada sebab untuk sesiapa nak merusuh.
Kalau tidak silap akulah, kali terakhir ada rusuhan berlaku di Singapura pada tahun-tahun 60-an dulu ketika negara tersebut baru merdeka dari Malaysia, selepas itu tidak ada rusuhan dan negara itu hidup dalam aman dan damai, lebih aman dari Malaysia pun.
Maka itu semua orang hairan bagaimana rusuhan malam semalam boleh berlaku.
Persoalannya sekarang, adakah mana-mana pihak di Malaysia terlibat memperalatkan warga Bangladesh dan anggota komando untuk membuat huru hara di negara tersebut, seterusnya mencemar imej negara itu sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal di dunia?
Ini semua tidak mustahil kerana kita tahu Malaysia cemburu dengan kejayaan Singapura dalam membangunkan negara tersebut sehingga menjadi negara termaju dunia seawal pertengahan 90-an lagi berbanding Malaysia yang masih terkial-kial untuk mencapai sasaran tersebut.
Lagipun semua oranng sedar akan sokongan terbuka Singapura terhadap perjuangan Pakatan Rakyat dalam kempen PRU13 yang lepas.
Baru-baru ini pula, sebuah akhbar Australia menyiarkan laporan kononnya Singapura terlibat dalam aktiviti pengintipan untuk Amerika Syarikat di negara ini. Pesuruhjaya negara tersebut yang dipanggil ke Wisma Putra untuk penjelasan, bagaimanapun menafikan perkara itu.
Tapi Pakatan Rakyat tahu, tak semua berpuas hati dengan penafian tersebut.
Keadaan itu, ditambah dengan fakta-fakta lain yang di atas, dari segi teori konspirasinya memungkinkan kejadian rusuhan di Singapura malam semalam, ada kaitan dengan pihak-pihak tertentu di Malaysia.
Justeru, Pakatan Rakyat mendesak satu siasatan menyeluruh dijalankan. Pakatan Rakyat tidak menuduh (sebab itu kita minta disiasat). Pakatan Rakyat cuma nak cari kebenaran dan dalam masa yang sama membersihkan nama negara ini dari sebarang salah faham.
Hubungan negara ini dengan Singapura perlu kekal baik. Lagipun, jika ada perkara yang tidak diingini berlaku lanjutan dari insiden malam tadi, negara kita tidak akan menang kerana kekuatan tentera Singapura adalah antara yang terbaik di Asia dan mungkin juga di dunia.
Sedangkan negara kita? Faham-faham sudahlah.
KEMASKINI: Kesemua anggota komando yang dilaporkan hilang itu, dijumpai semula pada jam 1 pagi tadi - tidak berapa lama selepas rusuhan di Singapura tamat, kebetulan?
KEMASKINI: Kesemua anggota komando yang dilaporkan hilang itu, dijumpai semula pada jam 1 pagi tadi - tidak berapa lama selepas rusuhan di Singapura tamat, kebetulan?
No comments:
Post a Comment