Monday, December 9, 2013

Kadir Jasin Patut Sertai Pakatan Rakyat

Keberanian bekas orang kuat media UMNO, Datuk A Kadir Jasin mencadangkan agar mana-mana Menteri yang tidak perform, dipecat untuk digantikan dengan isteri Najib, Rosmah Mansor, memang patut dipuji oleh semua rakyat Malaysia.

Ini semua gara-gara tindakan Najib, memuji isterinya itu secara terbuka dalam sesi penggulungan perhimpunan agung UMNO, Sabtu lepas.

Siapa sangka, orang yang dulu kerjanya hanya mengilatkan punggung UMNO dengan teknik pemberitaan separuh benar, boleh tergamak memberikan cadangan yang memanaskan cuping telinga semua penyokong parti tersebut.

Aku sebetulnya tidak ada masalah kalau Najib nak memuji Rosmah.  Apa yang nak dihairankan, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail juga pernah memujia suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai anugerah tuhan untuk rakyat Malaysia.

Tapi tindakan seumpama ini mungkin tidak boleh diterima di dalam UMNO dan generasi pengampu mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad seperti A Kadir Jasin sendiri dan ramai lagi yang masih berada di dalam parti tersebut.

Sebab itulah kenyataan seperti ini dikeluarkan.

Apa pun, yang penting pada Pakatan Rakyat sekarang ialah, kita nak lihat UMNO hancur, sebaiknya dari dalam.  Siapa yang menghancurkan, pengampu Mahathir, pembenci Najib dan Rosmah atau sesiapa pun, kita tidak begitu ambil peduli.

Yang penting UMNO dimusnahkan dan siapa pun yang membantu mencapai impian tersebut, sewajarnya dialu-alukan untuk masuk ke dalam Pakatan Rakyat.

Maka itu sebaiknya Kadir Jasin meninggalkan UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan lagi pola serangan ke atas peribadi Najib dan Rosmah yang sudah sedia ada dalam perancangan kita.

Lagipun, selepas ini pasti ada tindak balas dari Najib ke atas Kadir Jassin kerana berani mengutarakan pandangan yang disifatkan berani ini.   Jadi buat apa nak buang masa duduk dalam parti itu lagi?

Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin orang yang paling sesuai untuk memujuk Kadir Jasin menyertai Pakatan Rakyat memandangkan hubungan baik yang sedia terjalin sejak Anwar masih di dalam UMNO lagi.

Penyertaan Kadir Jasin di dalam Pakatan Rakyat nanti, sudah tentu bakal memberi tamparan hebat kepada UMNO dan lebih penting, Najib akan dipersalahkan atas kehilangan tersebut.

No comments: