UMNO kebelakangan ini aktif menyerang Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang kononnya tidak berada di Kuantan untuk memberi bantuan kepada penduduk ketika bah besar melanda bandar tersebut minggu lepas.
Hakikatnya, Fuziah menetap di Bangi, Selangor dan sudah tentulah perlu sedikit masa untuk sampai ke Kuantan. Soal bantuan, semua itu berada di bawah agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, bukan Fuziah.
Bila Fuziah sudah berada di Kuantan, beliau di dakwa hanya bergambar dengan penduduk untuk membuktikan beliau membantu rakyat di kawasan yang diwakilinya. Bergambar atau tidak, yang penting, Fuziah sebagai wakil rakyat menjengah juga ke kawasan yang diwakilinya.
Apa yang nak bising-bising?
Tapi kalau nak didebatkan juga, kenapa UMNO tidak mempersoalkan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaludin yang hanya datang bergambar, konon-konon membantu mangsa banjir di Sungai Isap beberapa hari lepas?
Gambar Khairy dan kuncu-kuncunya bersama-sama memegang penyapu menghala di kawasan yang sama yang disebarkan di media sosial sebagai tanda keprihatinan Pemuda UMNO, menjadi bahan ketawa rakyat yang lucu melihat cara Menteri Belia dan Sukan itu mencari publisiti murahan.
Dilaporkan selepas berposing dengan gambar bodoh itu, Khairy dan Naib Ketuanya, Azwan Bro terus sahaja meninggalkan lokasi tersebut dengan rombongan kereta mewahnya.
Elok lagi gambar Najib menaiki bot macam raja bersiung melawat dari rumah ke rumah. Walaupun hanya lakonan untuk nampak popular, sekurang-kurangnya tidak nampak bodoh sangat macam aksi yang ditunjukkan Khairy!!
No comments:
Post a Comment