Thursday, December 12, 2013

Bantahan Cukai Pintu: Orang KL Memang Bodoh!!


Aku tak boleh terima langsung berita yang mengatakan hanya 35,000 surat bantahan dari penduduk Kuala Lumpur yang diterima DBKL setakat ini berhubung cadangan untuk menaikkan cukai pintu sebanyak 100% di kawasan tersebut.

Ada lebih 1 juta penduduk Kuala Lumpur, hanya 35,000 sahaja yang membantah?

Jumlah ini langsung tidak boleh diterima kerana seakan memperlekehkan perjuangan Pakatan Rakyat yang bersungguh-sungguh memperjuangkan hak dan nasib rakyat dari terus ditindas oleh pentadbiran UMNO dan BN yang zalim kerana menaikkan cukai pintu.


Nanti tak pasal-pasal Pakatan Rakyat dituduh penipu kerana kita sudah mengembar gemburkan ke seluruh negara bahawa 100% penduduk Kuala Lumpur membantah kenaikan cukai pintu oleh DBKL.  Kalau hanya 35,000 surat bantahan dari lebih sejuta penduduk, itu bukan majoriti!!

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur perlu lebih aktif menggesa penduduk Kuala Lumpur untuk menghantar lebih banyak surat bantahan kepada DBKL.  Jika susah sangat, Pakatan Rakyat saja yang buat surat itu dan bawa kepada penduduk yang berkenaan untuk mendapatkan tanda tangan.

Nak lagi mudah, kita tolong tanda tangan bagi pihak mereka dan pos kepada DBKL.  Yang penting dapatkan maklumat pembayar cukai pintu ini dari DBKL terlebih dahulu supaya tidaklah nampak sangat surat itu kita yang buat.

Ini penting untuk menjaga imej Pakatan Rakyat yang telah banyak berusaha dalam isu ini.

Dari apa yang aku difahamkan, setakat ini hanyalah penduduk bangsa cina Kuala Lumpur sahaja yang aktif menghantar surat bantahan kepada DBKL berhubung kenaikan cukai pintu ini kerana ia boleh menjejaskan pendapatan tahunan mereka.

Sementara majoriti penduduk dan peniaga Melayu masih bodoh macam itu sajalah.  Berharap sangat kerajaan tidak akan menaikkan cukai tersebut pada tahun depan.

Hakikatnya, cukai itu pasti dinaikkan dan kalau pada waktu itu nak menyesal, sudah terlambat.

Jadi aku menyerulah kepada majoriti besar penduduk Kuala Lumpur, jangan jadi bangsat sangat.  Hantar saja surat bantahan tersebut secara beramai-ramai.  Jangan berharap BN dan Najib Tun Razak akan mendengar rintihan anda dengan membatalkan kenaikan tersebut.

Kerajaan sudah tidak ada duit lagi dah sekarang, dengan apa cara sekalipun, wang rakyat akan diperah melalui pengurangan subsidi, kenaikan pelbagai jenis cukai dan pengenalan GST.  Ini cara mudah untuk kerajaan cari wang - dengan mengambil wang rakyat.


No comments: