Oleh : Mahdzir Ibrahim
Pertembungan faham suni-syiah telah sangat lama terjadi. Pertembungan ini pernah mencetus pergaduhan fizikal hingga menjadi perang, tetapi pertembungan ini juga telah dapat membuka banyak wacana ilmiah di segenap pelusuk dunia.
Bukan hanya dibahas dikalangan muslim tetapi meliputi pemikir peradaban yang cuba memcecah akan kedangkalan sifat manusia yang mahu memilik-punya kebenaran atau Tuhan.
Namun, apa jua isu yang yang menjadi wacana sebagaimana praktis tamadun luar, tidak menjadi budaya awam di Malaysia sebaliknya peluang wacana ini dirampas oleh apparatus ideologi kerajaan (daulah) menjadi propaganda dan bahan ugutan.
Inilah yang cuba dijelaskan oleh Marxism bahawa ‘ideological state apparatus’ digunakan untuk mengekalkan kestabilan sosial.
Kestabilan sosial menurut faham kerajaan adalah tiada cabaran kepada kuasa dan legitimasi daulah – di sini, kerajaan UMNO BN.
Penggunaan agensi kerajaan ini juga sebenarnya satu bentuk eksploitasi dan pengkhianatan kepada kakitangan agensi kerana tidak semua kakitangan agensi yang diperalat itu rela ‘diperalatkan’ oleh parti pemerintah.
Tetapi inilah yang sedang berlaku dan ini uga tidak boleh diwacanakan oleh ruang awam.Jadi, wacana ilmu yang seharusnya mencambah kefahaman masyarakat kepada agama,, kepercayaan, budaya, syiah, suni dan sebagainya menjadi gelap dan mandul.
Ungkapan terkenal ketika berjalannya proses perbicaraan dan pendakwaan ke atas Antonio Gramsci “ ..selama 20 tahun, kita mesti menghentikan otak (Gramsci) dari berfungsi”. Tetapi hal itu tidak berlaku sama sekali sebaliknya Gramsci telah melahirkan ‘thirty-three notebooks’ dan beliau terus menentang pemerintahan regim Mussolini dari penjara hingga ke akhir hayatnya.
Apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN ketika ini adalah modul yang pernah dibuat oleh regim-regim diktator terdahulu.Tetapi kini, penggunaan ‘state ideological apparatus’ ini, berjalan dengan lebih sistematik, sebagai contoh ia dilaksanakan di sekolah-sekolah (pusat pendidikan dan pembelajaran).
Kerajaan UMNO BN cukup bijak dengan memenuhi keperluan fizikal sekolah dengan pembinaan infrastruktur, dana, guru-guru dan sebagainya hinggakan ruang untuk pembangkang mengkritik dalam aspek ini menjadi sangagt kecil.
Tetapi yang dikatakan sebagai ‘bijak’ itu tadi adalah, dengan semua kelengkapan yang ada, sistem pendidikan kita sebenarnya tidak boleh berfungsi lebih dari garis yang telah ditetapkan dan tidak boleh berfungsi tanpa kebenaran dari pusat – iaitu kementerian.
Dan pusat pendidikan dan pembelajaran ini akhirnya menjadi apparatus ideologi parti pemerintah untuk membonsaikan idealisme pendidikan ke atas rakyatnya – kita.
Isu-isu berkaitan perjalanan kelas, kelas tambahan, durasi kelas, kegiatan kokurikulum, masalah beban tugas guru, pencapaian peperiksaan, hal Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan segalanya adalah natijah dari konsep pemusatan kuasa kerajaan yang mengawal semua aktiviti pendidikan dan pembelajaran. Faham pemusatan kuasa parti kerajaan ini sedang memasuki minda anak-anak dan guru-guru.
Pendidikan dan pembelajaran, dimana jua di dunia ini perlu hidup dan subur secara organik. Dengan persekitaran ini sajalah, potensi minda dan bakat anak-anak kita akan dapat berkembang secara sihat tanpa dipaksa atau ditentukan oleh kerajaan ke atas ideloginya.
Di sini, ruang untuk pembelajaran telah wujud, tetapi proses pembelajaran belum lagi berlaku.
No comments:
Post a Comment