LABUAN: Berdasarkan jumlah penduduk yang hanya sekitar 100,000 orang, Labuan dianggap mencatat jangkitan batuk kering atau tuberculosis (TB) paling tinggi di negara ini apabila 100 kes dilapor sepanjang tahun ini.
Pengarah Kesihatan Labuan Dr Zaini Hussin berkata perbandingan itu berdasarkan jumlah penduduk di negeri lain yang jauh lebih ramai namun bilangan kes TB adalah rendah.
"Atas faktor itulah pelbagai kempen diadakan bagi memaklumkan kepada orang ramai kerana mentaliti masyarakat menganggap simptom batuk kering sebagai batuk biasa.
"Penyakit tuberculosis boleh menjangkiti semua peringkat usia serta berisiko tinggi kerana boleh dijangkiti menerusi sebaran udara dan sentuhan anggota badan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Katanya usaha mencegah dan mengawal jangkitan TB memerlukan kerjasama semua pihak selain tindakan bersepadu daripada pihak berkuasa yang berkenaan.
Mengenai HIV/AIDS pula, Dr Zaini berkata dalam tempoh 2011 hingga kini sebanyak lapan kes dilapor di Labuan termasuk dua kematian.
Bagaimanapun beliau tidak menafikan angka itu mungkin lebih tinggi jika lebih ramai tampil menjalani saringan dan pengesanan awal.
"Kita juga boleh mengelak jangkitan baharu jika melakukan pengesanan awal," katanya dan menambah dijangka 300,000 rakyat Malaysia dijangkiti virus berbahaya itu menjelang 2015.
No comments:
Post a Comment