Friday, December 13, 2013

S'gor Perlu Minta Maaf Pada Pengusaha Burung Walit

Masih tidak diketahui cadangan bodoh siapakah yang membawa kepada pengubahan polisi baru kerajaan negeri Selangor yang jelas menganggu perniagaan burung Walit di negeri tersebut.

Aku difahamkan, di Malaysia belum wujud satu garis panduan jelas tentang selok belok perniagaan burung walit ini dan dengan itu kerajaan negeri bebas memperkenalkan polisi yang difikirkan bersesuaian dengan negeri masing-masing.

Selangor tidak terkecuali.

Bagaimanapun polisi yang diperkenalkan di Selangor ini telah menjejaskan pengusaha burung Walit sedia ada kerana mereka diminta keluar dari premis perniagaan masing-masing atas sebab-sebab tertentu.

Keputusan ini telah menyebabkan bantahan oleh lebih kurang 200 orang pengusaha burung Walit di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam semalam.

Ada di antara poster-poster yang dinaikkan menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri Selangor sebagai lanun kerana sewenang-wenang mengganggu perniagaan mereka yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana pihak (termasuk BN) selama ini.

Malah menurut salah seorang pendemonstrasi, BN lebih baik lagi kerana berunding dengan kerajaan China sehingga pengharaman import burung Walit dari Malaysia yang dikenakan kerajaan negara tersebut pada satu ketika, di tarik balik.

Persoalannya sekarang, kenapa pula kerajaan Selangor yang sepatutnya lebih mesra rakyat dan peniaga dari BN, mengambil tindakan zalim seperti itu?

Maka itu, aku menyerulah kepada kerajaan negeri Selangor supaya segera mengemukakan permohonan maaf kepada pengusaha burung Walit di negeri tersebut dengan segera bagi mengelakkan masalah yang lebih besar dengan semua pengusaha tersebut.



Seperti yang kita tahu, pengusaha burung Walit dan beberapa perniagaan lain di Selangor adalah penyumbang besar kepada kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang lalu, baik di negeri itu dan tempat-tempat lain di Malaysia.

Kalau tidak kerana pengusaha burung Walit, jangan haraplah pengundi Cina dapat menyusup ke dalam kawasan majoriti Melayu yang dikuasai UMNO seperti Sabak Bernama, Sungai Besar, Tanjung Karang dan sebagainya.  

Walaupun Pakatan Rakyat kalah, tapi kita memberikan tentangan yang sangat hebat sehingga UMNO hanya mampu menang dengan majoriti undi yang sangat kecil berbanding prestasi terburuk mereka pada 2008.

Semua ini adalah jasa pengusaha burung Walit yang mengambil peluang pembukaan kawasan baru penternakan burung tersebut, dengan membawa masuk pengundi cina dari kawasan yang kita sudah pasti kalah di seluruh Malaysia.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim jangan lupa tentang itu, jangan main-main dengan mereka dalam hal ini, kelak bencana akan menimpa Selangor.

No comments: