Pakatan Rakyat menolak sekeras-kerasnya bukti yang di dedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam berhubung dakwaan yang mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) dengan pergerakkan syiah.
Banyak fakta yang didedahkan KDN semalam bercanggah dengan apa yang kita tahu mengenai Mat Sabu, terutama bukti nombor 10 dimana Mat Sabu dikatakan pernah dilihat bersembahyang dengan batu syiah di tempat sujudnya.
Aku difahamkan, Mat Sabu jarang sekali dilihat bersembahyang, bagaimana pulak dia dikatakan boleh dilihat bersembahyang, apatah lagi dengan meletakkan batu syiah di depan?
Semua ini tidak masuk akal sama sekali. Malah, majoriti besar penyokong PAS tahu, Mat Sabu jarang atau tidak pernah dilihat bersembahyang. Aku sendiri cuba cari gambar dimana yang dikatakan Mat Sabu bersembahyang, tapi gagal menjumpainya atau kalau ada sekalipun, kurang jelas.
Tak pasti sama ada itu Mat Sabu atau tidak.
Justeru, Pakatan Rakyat menyokong sepenuhnya keputusan Mat Sabu untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang menuduhnya sebagai Syiah sebab kita tahu fakta yang dianggap sebagai bukti itu, banyak yang tidak tepat.
Dalam masa yang sama, inilah juga bukti yang mengesahkan dakwaan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa pihak berkuasa negara kita terutama agensi keselamatan dibawah KDN, menghabiskan terlalu banyak masa mengintip pemimpin-pemimpin pembangkang.
Bagi yang tidak tahu, ada banyak agensi keselamatan dibawah KDN, bukan semata-mata PDRM sahaja seperti yang semua orang tahu.
Sekarang fahamlah kita kenapa insiden pencerobohan di Lahad Datu awal tahun lepas boleh berlaku, semuanya kerana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab memantau keselamatan dan perisikan di kawasan tersebut (dan kawasan-kawasan lain), sibuk mengintai pergerakan Mat Sabu.
Sampai boleh tahu pula Mat Sabu sembahyang ada batu di depan.

No comments:
Post a Comment