Pengamal media sosial pro UMNO aku lihat mula memainkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang wanita Amerika sejak tengah hari tadi.
Menurut sumber dari pejabat Anwar, gambar itu dimuat naik ke akaun Twitter Anwar pagi tadi untuk memaklumkan kepada semua penyokong Pakatan Rakyat bahawa beliau sedang mengadakan lawatan rasmi ke Washington.
Selain kunjungan hormat sebagai ketua pembangkang dari Malaysia ke atas beberapa pemimpin utama Amerika Syarikat, Anwar juga bertemu dengan anak lelaki tunggalnya, Ehsan dan isteri yang kini menetap di New York.
Aku tidak nampak keperluan untuk memperbesar-besarkan gambar tersebut. Setakat berlaga dada macam itu tidaklah menjejaskan apa-apa, bukan merogol. Orang Islam kata, tak gugur iman pun.
UMNO lebih baik cari idea lain untuk menjatuhkan imej Anwar. Kita tahu sejak beberapa hari ini, imej Anwar semakin menaik tinggi, melepasi populariti Najib Tun Razak pun yang menjunam teruk, terutama selepas ucapan penggulungan paling meloyakan dalam perhimpunan agung UMNO yang berakhir Sabtu lepas.
Kematian bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela pada Ahad turut membantu menaikkan imej Anwar di mata rakyat Malaysia dan antarabangsa.
Semua orang di dunia ini tahu, dari segi perjuangan dan perjalanan politik, Anwar dan Mandela ada persamaan yang sangat-sangat ketara. Itu yang menjejaskan Najib sekarang.
Penerimaan baik pemimpin Amerika Syarikat terhadap kunjungan Anwar juga mendatangkan rasa tidak senang Najib terhadap pemimpin utama Pakatan Rakyat itu, Najib hanya mahu dia saja yang dilihat sebagai mewakili Malaysia, orang lain tidak boleh.
Terdesak nak menutup kekhilafan diri sendiri dan memalukan Anwar dalam masa yang sama, maka digunakanlah gambar yang di atas. Apatah lagi Anwar lebih dikenali sebagai pemimpin Islam moderate yang paling unggul berbanding Najib. Habis baik pasal Najib dan Islam pun, setakat jadi makmum Wahabi.
Aku nak sebut ni, maaflah cakaplah, taktik ini tidak ada kesan apa-apa.
Penasihat Najib yang ramai itu mungkin tak maklumkan kepada dia, sekarang ini pada rakyat Malaysia Anwar atau tidak bukanlah isu sangat, mereka lebih benci dengan Najib dan Rosmah sahaja.
No comments:
Post a Comment