Tuesday, December 10, 2013

Anwar Anugerah Istimewa Dari Syurga


Aku rasa begitu terharu dengan penghargaan tinggi yang diberikan oleh rakyat Afrika Selatan terhadap jasa dan pengorbanan bekas presiden negara tersebut, mendiang Nelson Mandela yang meninggal dunia Ahad lepas.

Laporan CNN sebentar tadi umpamanya, memetik kenyataan seorang penganalisis politik dari Afrika Selatan yang menyebut, rakyat negara itu begitu menghargai Mandela serta menganggap beliau adalah satu anugerah istimewa dari syurga!!

Begitu besar sekali penghargaan rakyat Afrika terhadap bekas Presiden mereka yang meringkuk 27 tahun dalam penjara kerana menentang dasar Apharteid sebelum dibebaskan pada 1991 dan akhirnya memimpin negara itu sebagai Presiden kulit hitam yang pertama selepas menang besar dalam pilihanraya 1994.

Sedar tak sedar, senario sama turut berlaku di Malaysia ini.  Kalau ada yang masih tidak tahu, negara kita juga mempunyai seorang pemimpin istimewa yang setaraf atau lebih baik dari Nelson Mandela.  Beliau yang aku maksudkan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim!!

Berdasarkan perjalanan politik keduanya yang hampir sama, Anwar juga selayaknya diberikan label sebagai Anugerah Istimewa Dari Syurga untuk rakyat Malaysia.

Rasanya tak perlu aku jelaskan dengan lebih lanjut kenapa Anwar layak digelarkan begitu.  Hujung minggu lepas aku dah sebutkan, perjuangan politik Anwar begitu mirip dengan Mandela - kecuali sebab kenapa Anwar dan Mandela dipenjarakan yang sedikit berbeza.

Anwar dipenjarakan kerana dakwaan jenayah liwat, sementara Mandela kerana memimpin gerakan menentang regim Apharteid

Tapi yang penting sekali, kedua-duanya pernah masuk penjaralah.

Maka itu semua rakyat Malaysia perlu menjaga anugerah ini dengan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada beliau dalam PRU14 nanti.  

Jika doa kita semua diterima Tuhan, Anwar akan menjadi Perdana Menteri bukan UMNO yang pertama di Malaysia pada usia 71 tahun (2018) - usia yang tidak jauh dari Mandela ketika mengangkat sumpah sebagai Presiden Afrika Selatan pada tahun 1994, 76 tahun.

No comments: